14.7.11

Muak


Muak.

Mendengar adu domba mereka yang mencanang cerita sayang dan cinta pada dunia dan hubungan manusia yang kita maklum tak kekal lama.

Sederhana!

Tekan babah. Babah tenung mata aku lagi dan bersuara perlahan.

Sederhana!

Nikmat yang ditarik hanya layak dikabung. Perit yang datang menyelang itulah yang selalu terkenang.

Perihal hati adalah perihal yang sentiasa sulit. Eksperisikan berdua dalam kadar yang perlu sahaja. Bercerita pada dunia hanya menambah cakap-cakap busuk yang sedia ada. Jadi, mari kita bersederhana.