23.7.11

Mengharapkan miracle



Aku jatuh kecewa malam ini. Langit gelap sudah tak berbintang. Jika ada pon bulan, keluarnya hanyalah separuh. Ada tangis yang tidak keluar. Ada sebak yang tak berbunyi. Semua aku pendam dalam hati. Jari tak menunding sesiapa. Picu ditarik ditala ke dahi. Layakkah aku akhiri semuanya sekarang?

"Nak bunuh diri pon tak boleh. Nyawa belum sampai masa nak keluar."

"Ada tujuan aku hidup atas dunia ni. Positif sikit."

"Ombak sebal dah datang, aku tenggelam tak nampak pelampung. Lemas."

Esok matahari tetap akan terbit pada waktunya, juga terbenam bila tiba masanya. Tapi semangat ni, tetap rebah. Seolah baju yang aku kait benangnya tidak lagi berbentuk baju. Aku kira ia sudah jadi bentuk yang lain. Hasil apa hendak aku sembahkan pada raja kelak? Hati nangis lagi..

Tuhan. Aku utus nota kecil. Mahu tahu masih ada tuah buat aku? Aku perlukan sentuhan Tuhan pada takdir aku yang ini.