29 July 2011

Lauk

Aku sedang menaip sambil sambil menyuap nasi lauk kari telur ke dalam mulut. Orang bujang kan, telur itu lah hidangan paling 'heaven'.. Apa sahaja yang berlaukkan telur akan dimakan seolah aku mendapat siakap masak stim atau T- Bone Steak. Makan sungguh-sungguh sampai jilat kelima-lima jari. Sedapp makan nasi berlaukkan telur.

Tapi makanan bukan perkara mustahak buat aku sekarang. Ramadhan sudah datang mengetuk pintu. Ada benda lain yang lebih mustahak. Pertukaran rancangan di saat-saat akhir buat aku jadi sangat buntu. Tak apalah. Rancangan Tuhan pasti yang lebih baik untuk aku. Kalau aku tak bersangka baik pada Tuhan, nanti Dia merajuk. Nahh..kalau Dia merajuk susah lah aku. Kalau Tuhan merajuk, ramai nak pujuk. Kalau aku merajuk dengan Tuhan, siapa pula nak pujuk aku? Heh...

Oh ya, Ramadhan tahun ni, aku tak bersama-sama keluarga..Sambut Eid pun tidak. 99% kebarangkalian untuk aku berada di sini sepanjang Ramadhan dan Syawal. Perkara ini bukan sesuatu yang janggal untuk mereka yang belajar di luar negara, kata babah. Orang lain jauhhh lebih susah, pujuk babah lagi.

Hmm..

Kalau saja tangan sasa, kulit tua dengan bauan kuat parfume Polo itu ada di sini, semahunya aku menangis dalam dakapan babah. Mahu mengadu. Mahu tunjuk yang hati aku ini, sakit! Jiwa aku sakit, fikiran aku sakit.

Selama aku berada di sini..jarang-jarang benar rancangan aku hendak menjadi. Serba tak kena aja. Itu tak menjadi, ini tak menjadi..sampai aku naik sebal nak merancang. Jadi aku mohon maaf, jika ada yang naik muak dengan aku.. Muak menunggu.. Muak mengharap...  Cumanya aku nak kata, aku tak pegang takdir.

Dr Aidh bin Abdullah Al Qarni kata, jangan bersedih kerana aku masih dapat menghirup udara yang segar, air yang bersih, dapat berjalan di atas dua kaki yang sihat dan masih nyenyak tidur di malam hari.

Habis pun nasi lauk telur tadi. hahahaha... Taklah, ada sedikit lagi... Aku ni jenis makan lambat-lambat. Tapi kalau lapar, sekejap aja licin pinggan tu. Azfar, KhairulHisyam, kamu dua orang teruskan dulu perjalanan tanpa aku. Lauk ni aku kena habiskan dulu. Nanti aku tulis lagi.