17.7.11

Larut dan Air Terjun



Ya tak dinafikan ada yang kata lagu ni hasil plagiat daripada band orang putih. Kita letak perkara tu ke tepi. Yang pasti tentang lagu ni, bagi aku dah cukup membuai. Tambah best bila dengar sekalian dengan Laila's Lounge. Mungkin lagi best bila dengar lagu ni bila balik kampung. Atau drive sorang-sorang. Atau ya, kau memang tengah rasa sorang-sorang.

Aku adalah penunggu di sebuah rumah. Hatinya walang. Harinya sunyi.

*****
Malam summer ni sangat panas. Buat aku yang biasa tidur bertemankan selimut (tanpa orang sebelah menghimpit) malam ni aku pisah tak mahu pakai selimut. Hangat dia buat aku rasa amat-amat craving pada deru laju air terjun Lata Kijang (walau pon tempat tu penuh dengan orang muda kampung orang asli tapi aku peduli apa, aku panas!) Aku nak sangat mandi manda dalam air sejuk tu macam badak berendam samapi kulit kecut! hahahaha puas puasss!

Sekalian ada di piknik kita-kita yang simple di Lata Kinjang, kita bikin barbeku. Kamu patut hidupkan api pakai arang dan aku siapkan lauk-lauk yang dah diperam hanya perlu tunggu dibakar. Ah...sedap juga kalau pergi piknik sebelum ramadhan tiba ni. Ahhh asyik! Aku curi gambar 'bersiram air gunung' di bawah dari Zahir. Tolong kirim salam pada brader model ni ye Zahir. Cakap pada dia, aku kenyit mata!