31.7.11

Hantu Betul!

Ramadhan tiba.

Sepatutnya tiada lagi bunyi gesekan pintu bilik di malam hari, cubaan yang gagal menggerakkan seisi rumah aku kerna di rumah ini, tiga dara pingitan tidur mati. Adapun yang bertuah bakal terjaga. Mendengar 'orang' mengetip kuku ketika menginjak subuh atau melihat lampu ruang tamu tiba-tiba berkelipan bila isi rumah dalam gelap - tidur. Yang lebih bertuah ada pada suatu malam, tersentap bila nama rakan serumah dipanggil sayup sayup bisik di telinga. Mujur dia tak jatuh demam kura-kura, cuma sedikit bingung saja. Yang best, ajak bermain bola kecil bergolek-golek di hujung kaki. Alahai, kalau aku tak nampak siapa pemainnya, bagaimana aku nak main? Macam mana aku nak tahu ia nak tackle bola dari sudut mana kan? Mana aci!

Mungkin tiada lagi ada 'orang' yang rajin mengemas susun atur pinggan di rak dapur pada malam hari bila ramadhan ini kan. Mentang-mentanglah aku suka sendiri-sendiri di ruang tamu, ia buat-buat sibuk pula di dapur. Mahu tunjuk skill suri rumah tangga ke? Tolonglah... Kadang-kadang muncul pula di bahagian dapur tu dalam persalinan merah. Hmm..mencabar keayuan tuan rumah dalam fesyen ke? *Angkat angkat kening*

Adapun suara-suara asing menangis, mengekek, hentakan pada meja tak semena-mena dan macam-macam hal lagi dengan makhluk itu mesti akan teringat-ingat. Tak mustahil juga jika ada yang naik 'hantu' ramadhan ni penangan tak pulang ke tanah air.

Siapa naik hantu?

Aku lah tu. haha

Apa apa hal pon, selamat beramadhan.. Aku masih ingat ramadhan yang lepas. Tidak sangka pula aku ramadhan yang lepas adalah sahur dan buka puasa terakhir aku bersama keluarga. Ramadhan kali ni, buka puasa dan bersahur dengan ahli family yang baharu. Jangan risau bonda, kami bertiga tahu cari makan sendiri.

Ramadhan kali ni, berbahagialah kita semua. Bahagia dengan pilihan dan bahagia dengan takdir. Peace.


Kuih raya tempatan u guys? Mau?
Kiri sekali aku yg berinai, tukang amek gambar Nash and tangan gumuk tu Esah punyeee..