28 June 2011

Yang Tak Best



Perkenalkan itu belakang Temmy's Corn Flakes yang aku selalu tibai bila perut lapar. Kombo dengan susu sejuk cap lembu. Nutella, all time fav aku dan adik-adik mengelembu badan gebu-gebu. Ini best.

Yang tinggi tu roti buku konon-konon lembut tapi bila kena angin cepat patah, hancur dan keras. Ini total tak best. Satu lagi bapak kepada segala penghancuran ketidak-best-an aku adalah PEANUT BUTTER YANG MURAH tuu..... Major turn off. 

Usually bila chocolate + peanut butter yang ada kacang hancur sikit-sikit dan sapukan pada roti mahupun waffle yang panas dan lembut = Kingdom of Heaven. 

Tapi aku dapat rumah atap nipah yang bocor serta berdindingkan kayu reput dimamah anai-anai.

 T_______T

Jangan beli peanut butter yang murah. 9.99LE tu murah. Tak seiring dengan kualiti yang diharap-harapkan. Beli yang mahal, sikit. Lidah dengan perut pinjaman Tuhan ni perlukan makanan yang berkualiti dan khasiat juga. Peanut butter yang murah penuh dengan minyak adalah A BIG NO. Tambah-tambah lagi bila dicampur dalam resepi oat meal peanut butter. Bluwehh... Perut aku perut kampung haa..tak dapek nak sesuwai dengan perut omputis. cis. Perut double standard!