06 June 2011

Untuk Kita-Kita


Pada wajah-wajah kecewa itu kita hembuskan angin kejayaan. Biar meresap masuk dalam jiwanya sampai tebal. Biar jadi pahlawan semuanya.

Pada airmata kesedihan itu kita sapukan pakai napkin kasih sayang. Biar sebu hatinya dengan rasa syukur. Biar dia tahu tingginya nilai pelukan prihatin ini.

Pada bahu yang kendur itu kita paut kemas. Dongakkan kepalanya ke langit. Lihat bintang pada tikar malam, lihat matahari pada langit membiru, lihat awan yang terapung-apung. Tanyakan dia satu soalan, ciptaan siapa semua itu? Rangkul erat, biar dia tatap keindahan sebenar yang dia belum nampak-nampak.

Kita semua nak jadi yang baik-baik. Kenapa perlu merenung kasut? Melihat tanah tempat kita dibuang? Tengok depan. Di depan sana ada nikmat yang beralun dengan hikmah dengan ihsan.

Jom!*senyum*