15 June 2011

Senjakala


Pada senja itu kita mengarang. Tentang hubungan manusiawi yang indah. 

"Adik, akak rindulah kau."
"Adik, cepatlah balik."
"Adik, akak ada banyak benda nak cerita!"
"Adik, akak bosan. Take me out please."
"Adik, kita makan ice ream nak? Akak nak macam biasa, mat kool hijau tu!"
"Adik, bila kita nak jumpa lagi?"
"Adik, sedih lah... Nak peluk.."

Suka. Muram. Senyum.

Harus kita terpisah jauh untuk mengenal rasa rindu. 
Harus kita terpisah jauh untuk menahan diri, menjadi kuat, menjadi hebat.
Harus kita punya beza masa dan waktu, supaya kita sedar kuat kadar putaran bumi.

"Adik, akak lapar. Suapkan. Please..."
"Adik, akak dengar lagu baru. Nah earphone, ce terai dengar!"

Tingkap kereta diturunkan. Pada senja itu kita melewat pinggir bandar. 
Tangan didepakan keluar. Biar angin laju menyapu muka kita.
Bagai menghambat risau yang menghinggap di benak kepala.

"Adik, jom makan? Lapaaaa...."

Mimik muka kesian ditayangkan. Pergelangan tangan dipegang kemas.
Raut muka bertukar gembira. Sekelip mata. 
Duduk di gerai makan. 
Kita bicara yang indah indah. Boleh? 

****

NotaPetiSejuk: 
Aku tulis kalau aku rasa nak menulis. Taip bila rasa nak menaip. Lukiskan bulan dan bintang pada kertas soalan peperiksaan. Siapa kau, kau mahu menghalang. 

Tentang masa depan, mengambil kata-kata ghost writer, ya, aku sedang buat pilihan. Jatuh bangun aku nanti, aku yang sakit. Aku yang nangis. 

Tentang Arpeggios Terakhir (ya, aku masih teruja sorang-sorang dan tak ada orang untuk buat toast ucapan.) mimpi dan impian dan angan dan masa dan rasa bukanlah satu permainan. Aku gembira, ada hati-hati yang tersentuh dengan tulisan aku. *mengelap air mata pakai belakang tangan*. Yalah, siapa yang mahu menepuk bahu dan berkata, "Bagus Fiq, kekal tulis yang indah indah tau!". Tak ada siapa.. *menunduk dan geleng sorang*. Lutut ni, betis ni, kaki ni dah banyak parut. Aku asyik terjatuh. Ada sedih yang berbungkam, tapi pada siapa aku nak bilang. *sengih*

Biarlah. Orang yang dah besar panjang, memang layaknya sorang-sorang. 

Dah lama, hati ini tak rasa suam, rasa warm begini.. Aku rindu warna senja dan bauannya.