19.6.11

Raja di Hati


Aku punya raja di hati. Yang tak pernah tinggalkan aku walau susah atau senang, busuk atau comot. Dia tetap ada tinggal, dan selalu tersenyum. 

Sejauh mana aku berlari, dia kekal di situ. Menunggu aku pulang ke pangkuannya. Segala pesanannya jadi loket semangat, biar aku tak mudah rebah bila disanggah musibah.

Dia tak pernah gagal memanjakan aku dengan kasih sayang bertan-tan dan perhatian yang tak terluak. Sentiasa tenang dan sabar melayan karenah aku. Dia nampak apa yang aku rasa dan baca apa yang termendap dalam kotak fikiran aku. Betapa aku ini telus & lutsinar bila berhadapan dengannya.

Seolah-olah dia punya mata helang. Selalu memerhati aku dan dia lindungi aku dengan kubu doa yang kebal, tak mampu dirempuh oleh mana-mana anasir. Raja yang penuh dengan planning dan strategi yang hebat- segalanya bagi memastikan aku berjaya pada hari muka. Katanya, "Babah, tak selalu ada untuk menongkat langit."

Raja di hati, kekal lah baginda bagai Raja di takhta. Mana mungkin aku samakan dia dengan lelaki lain yang pernah singgah di tingkap hati. Dan tiada raja lain yang aku beri sembah salam juga mencemar duli hari-hari bahagia selain dia.

Raja yang bijaksana ini jadikan aku sebagai Bidadarinya. Mewarnai hidup dalam syurga dunia dan tanggungjawab aku untuk pelihara amanahnya. Menjadi misi aku untuk gapai impian yang telah dia titahkan. 

Long Live The King.



ps:: main lagu Dear God seround.