13 June 2011

Nafas pendek



Tak banyak yang menghiburkan aku sepanjang minggu yang lepas-lepas. Adalah semalam, aku keluar berhibur dengan teman-teman. Itu pon keluar makan malam, salah seorang daripada mereka menyambut haru lahir. Makanya aku belajar nyanyi "Sanah helwah ya gamil..sanah helwah ya gamil.." ulang-ulang sampai habis.. rentaknya sama seperti kau menyanyikan "Happy birthday to you.." ikut bahasa omputih.

Jadi klip yang satu ini menghiburkan aku sangat-sangat. Penyanyinya dengan suara besar, muka mesra kamera, bersahaja, petah, i love you girl.. Nami TTGB post di fb beliau, otomatik keluar di newsfeed aku, klik download dan dengar. M Nasir bukan calang-calang orang dalam hidup aku tahu. Semuanya berulang tayang, memori sewaktu aku masih kecil, dalam pantauan babah dan bonda. Dan mujur aku boleh ber-chit chat dengan adik. Rindunya aku pada dia dan vice versa. Dan tugas adik di sini dia ingatkan aku masa jaman aku 'bercinta' sakan dengan M Nasir dulu. Mengingatkan aku, yang sekarang serba 'haus' ini, tentang kayanya aku dengan sesuatu yang aku betul-betul minat dahulu. Sesuatu yang  urghh aku sukakan ini! dan perasaan sebegitu kau mahu khabarkan pada seluruh dunia. Usia lagu ini, sudah lapan belas tahun aku kira. Lapan belas tahun dan aku masih diulang rasa 'cinta' yang sama.

Sekarang aku makin lentok, lalok, menyampah muak dengan segala sampah yang aku dengar. Bluweehh mahu muntah dengan Prima Yin lah, siapa-siapa lah.. Aku buka balik sesi jamming Yunalis Zaarai dengan AMKREW HOTFM. Dengan tudung, hoodie, sweater dan gitar. Itu dia, dahulu. Dia sudah naik taraf sekarang. Masih, aku adore pada suaranya. Ulang dengar These Street pon aku tak jemu, sebab yang aku dengar adalah suaranya, yanga kau bayangkan adalah imejan dia dahulu. Bukan yang sekaranglah, kalau imejan sekarang, mungkin boleh cabut mood keluar.

Musim peperiksaan kali ni, haih..parahnya kerana aku perlu bermarathon. Larian penuh halangan dan baton aku perlu di pass kan dengan tepat dan betul. Penat sangat Ya Rabbi sahajalah yang tahu.

Tak nak mengeluh, tak mahu beralasan. Aku berpijak pada bumi yang nyata sekarang. Ada wajah yang aku rindu, ada manusia yang tubuhnya aku mahu peluk. Aku rindu bau rumah, aku rindu bau pakaian dalam almari aku dalam bilik di Gombak sana, aku rindu kawan perempuan aku.

Penat berlakon jadi besi. tapi kadang-kadang aku perlu jadi besi.

Ada yang mahu berikan aku renjatan listrik? Aku betul-betul perlukan itu sekarang.


Entri kali ini sewajarnya dibaca dengan nada yang serba lemah, serba malas.