27.6.11

The Kite Runner


Siapa yang pernah baca atau tonton cerita Si pengejar Layang-layang ini? Aku rasa pasti sudah ramai yang tonton atau baca dan untungnya aku baru sahaja lesai nonton semalam. Lega. Aku kurang gemar nak baca buku cerita yang tebal-tebal. Tak punya senggang masa yang banyak. Tapi banyak pula pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem yang makan masa hampir dua jam ini. Menariknya tentang The Kite Runner, ianya tidak jatuh pada kisah yang terlalu klasik namun tidak pula menghampiri kisah urban. Ianya mengisahkan persahabatan dan pergolakan dua kehidupan remaja Afghanistan, seorang konduktor layang-layang dan seorang lagi pengejar layang-layang. hehe

Alasan kenapa aku lebih gemar memilih filem berkisarkan sebuah cerita fiksyen / naratif ini berbanding filem aksi tempur adalah kerana filem yang sebegini, yang penuh emosi dan pengajaran ini mampu memberi input yang berbeza-beza setiap kali kita tonton semula. Berbanding filem aksi, kita lebih tertumpu pada aksi di skrin berbanding dengan input yang disampaikan melalui gerak lakonan mahupun skrip. Faktor 'win' besar di situ.


Secara peribadi, persahabatan antara Amir dan Hassan amat dekat dengan kita-kita semua. Amir, bagi aku seorang yang tidak mampu melindungi sahabat akrabnya sendiri. Dia amat rapuh sebenarnya. Pengecut, dalam erti kata yang lain. Manakala Hassan pula merupakan sahabat yang amat berani, penyabar - lebih-lebih lagi apabila Hassan adalah anak orang gaji yang berkerja dengan keluarga Amir. Hassan tidak mempunyai pendidikan yang formal namun dia lebih 'celik' dan bijak daripada Amir yang punya segalanya. Hassan bijak memberi sedikit demi sedikit 'guideline' kepada Amir, yang kita-kita orang tua pon tidak mampu berfikir sekritis itu. 

Didikan orang tua (bapa tunggal) amat memainkan peranan yang penting dalam pembetukan karakter seorang Amir dan Hassan. Kita dapat lihat Ali - bapanya Hassan sama-sama mengajak Hassan untuk solat, kemudian barulah bermain. Sebaliknya pada Amir, ayahnya meminum arak dan apabila Amir menegur yang perbuatan itu berdosa, bapa Amir menyanggah dan berkata ahli agama hanya tahu melabon tak tidak 'open minded'. Dua scene yang berbeza ini cukup menarik perhatian kita walaupon dikias secara biasa-biasa sahaja. 
Kecik-kecik tak mahu mati, bila besar menyusahkan orang.
Banyak lagi scene-scene yang menarik dan boleh dijadikan modal rohani. Tapi scene yang paling hancing sekali bagi aku adalah scene apabila Hassan dirogol oleh pembuli bernama Assef (diakhir cerita Assef menjadi salah seorang pemimpin Taliban) hanya kerana Hassan enggan menurut permintaan Assef. Hassan setia dengan janjinya untuk menyerahkan layang-layang kemenangan kepada Amir. Dan Amir hanya mampu melihat secara sorok-sorok, takut dia pula dibuli Assef. Betapa lemahnya kita manusia, nak pertahanankan kawan baik sendiri pon kita takut. Putui...

Cerita ini aku rasa layak sangat-sangat ditonton segenap lapisan masyarakat, semua umur. Siapkan tisu setengah kotak tau. Mana tahu boleh keluar manly tears tu.kikiki... Antara yang menarik perhatian juga adalah aksi askar Taliban disana..dengan masyarakat pasca peperangan dan sebagainya.
Children aren't coloring books. You don't get to fill them with your favorite colors.- Rahim Khan
Mungkin Afghanistan ada Rostam dan Sohrab, Amir dan Hassan tapi kita ada Suparjo dan Raju. Mesir pula ada Vampire Lovex, Doktor Mia dan Bidadari Besi. Siapa tahu kita boleh bikin filem buat input anak-anak kita pula. Kan? Dan apabila ibubapa meminum Barbican atau makan meatball IKEA anak-anak akan lebih arif dan cepat menegah, "Bapak, setitik Barbican selangkah ke neraka pak.." kehkehkeh

*******

Teringat babah pernah bawa aku ke bendang sawah padi dulu-dulu. Ada pakcik tua dengan kain batik berikat di kepala main wau bulan sampai bunyinya mendengung di telinga. Kisah dah lama..sampai aku rindu bau lumpur bendang dengan wau bulan lagi. Ada saja kenangan aku dijentik oleh filem ini. Senyum.