1.6.11

Cramp


Langit, hari ini aku muram durja.
Menunduk, enggan menyembah kamu.
Rakib, diam. Tugas kamu aku gantung.
Atid, senyap. Poket kamu biarkan kembung.

Angin, hari ini jiwa aku dingin.
Jauhlah kau bertiup dari aku.
Menjauh.

Matahari sinarmu biar rembang.
Membakar lagi hati aku yang gelegak.
Rentung.

Mahu minta mati, malu, mangkuk iman ada teres bocor.
Mahu minta hidup, tak mahu, sudah cukup rasa terhina diketuk.
Lantas pilihan mana yang aku harus tuju?
Mengaduh hanya bila terhantuk.



Tujuh kali aku baring, tujuh kali aku bangkit. Lekuk di tilam kekabu sudah berbentuk-bentuk. Pejam mata, katup mata. Kepala ni, berdenyut-denyut. Sesekali tersentak ke belakang bila flash memory terpa.. Aku tak jadi nak lena, jam pon sudah injak mahu ke subuh. Lantas aku cabut saratoga, bangun dari katil, buka pintu bilik perlahan-keluar-lalu katup pintu semula. Ansur ke ruang tamu.

Di ruang tamu aku duduk pada satu sudut. Air mata mengalir. Teringat muka-muka 'penggawa syurga' semasa sesi soal jawab tadi pagi. Mata merah saga dan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya semacam guruh berdentum. Walang dia lain macam..seolah rentap keluar habis jantung aku! Habis sesi tu baru aku sedar betapa senang otak aku ini terbuka tutup semasa berentap tu. Macam main lampu picit, tap tup tap tup kelip kelap, malap! [bercerita dengan pilunya bagaimana sesi oral exam berlangsung..sobs...]

Hal-hal perubatan manusia tidak akan boleh aku selesaikan jika aku, tak mampu merawat diri sendiri terlebih dahulu. Itu kesimpulan mutlak yang aku capai. Hari ini tangan tak menyelak lembar furqan dan sudah lama juga tak menjenguk la tahzan. Ahhh..bila kecewa, patah balik pada Dia. Bila seronok, hamba terus pada dunia. Dasar HIPOKRIT! 

Wait, menjadi pelupa itu kan sebahagian daripada rukun nak menjadi manusia. So #dealwithit!

Monolog hati.. Apa lagi yang perlu aku perbaiki? 

Haihh..Mahu kumpul seberapa banyak pelukan dari kamu kamu pada hari ini. Kalau ada yang sudi, sila dermakan satu pelukan anda ke dalam tabung Bersamaku. Sekian trimas!