17.6.11

#bugima



Entri hari ini adalah entri #bugima.

Gahhh feels like mencarot ah today. But i cannot do it in bahasa melayu, only can mencarut in english because mencarut in bahasa can cost me 'dicekup' oleh SKMM atau lubang tahi ISA wtf lantak. Oh gyeah perkataan mencarut aku kenal bila tengok cerita orang cina berlakun dengan subtitle kuning tertulis Damn yang bermaksud jahanam. Ive been reciting jahanam since i was eight. Yeah right Malaysia can also be jahanam place once in a while.

Ini adalah entri serba pantas. Aku nak mengamuk sakan pasal belajar/study kat tempat/umah aku ni bising ya rabbi. I cannot concentrate. Boleh membawa kepada upacara membunuh diri beramai-ramai!

Bising pasaipa? Bising pasai ni.


1- Himar.

Bunyi keldai kat kawasan perumahan aku ni macam palatau tahu? pagi-pagi buta buat bising, tengah hari bising, petang bising, malam pon bising! Keldai tu bising pasai orang yang tunggang dia tu suh larik lelaju. Kawasan umah aku ni punyalah corner/selekoh banyak, so keldai tu kena amek lap. Mana leh press minyak full masa amek lap. Bodo nak terbabas namanya. Usually orang yang pakai himar ni came along with ambubah or penjual gas. Yes, back in malaysia orang jual gas pakai lori, but here depa pakai himar/keldai atau pon kuda. Taik keldai pon bersepah depan umah cam haremmmm...

2- Ambubah

Memang gua menyirap lapan puluh keturanan cicak dengan pakcik ambubah ni. Bising memekak ketuk2 tong gas pakai spanar besar. Bugima betul perangai. Ce lu orang ketuk tong gas pakai spanar keluar bunyi berdesing macam mana. Cam bunyik disko tak laku tahu. Kaki lipat pon sama arab ambubah ni. Tong rega 13le dia bantai lipat sampai 30le. waaaaaaaahhhhhhh hidop lah kau dengan duit lipat aku, dah la buat bising. Jangan sampai nama lu naik kat KontrolHisteria, tahulah gua nak lipat lu macam mana pulak hahahahahhahahahahhahahahahhahahahhahahaha. Menyirap sirap limau betullah!

3- Mesin pam air.

Ini satu lagi dajal besar. Depan umah aku, bawah sikit lah, dekat dengan pintu besar masuk bangunan umah aku ni ada mesin pam air [aku tinggal dalam flat/apartment mcm tu, umah aku bawah skali]. tujuannya nak pam air bawah tanah sampai ke tingkat atas. Bunyi dia hamjadah kuat nak mapuh. Ghumah aku ni sekangkang kera, aku study kat ruang tamu, memang dekatlah dengan pintu. Memang lahabau pekak telinga aku bila semua bunyi2 ni berdisko tahu! Tensi! Sia-sia aku bayar tiap bulan 20le untuk pam tu saja, tapi boleh dapat pekak + high BP semata bunyi pam air tu. jilaka.

4- Jiran

Haaaaa.....ini memang tak tahu lah aku nak kata apa. Jiran depan umah ni, bilik air + bilik dia connected dgn dapur aku. Seb baik aku tak study kat dapur, kalau tak hari2 aku dengar konsert Mariah Carey, Paramore, Jars Of Hearts dia tuh. KALAU nasib baik lagi, jiran yg dah berumah tangga sebelah imarah/bangunan ni tak lah buat bising, gadoh, anak2 tak nangis. Nasib tak baik, dengarah depa memekak, jerit2 semua, histeria masuk jin mata toncit. Masa bersenam tu tak pulak bisingnya.....lainkali pakai lah speaker..boleh rekod baaaaiiii...... See..aku kena counter attack dari semua perimeter! This is brutal assassination!. Hngghhh!


So bila takleh nak study, aku tensi. Perghh tensi syal.. Telinga aku ni tak larat nak tampung semua bising tu.. Nak marah2 kang berkedut la muka aku. Aku harap sangat soon, ada kolam renang tertutup dekat2 kawasan ni.. Kepingin nak swimming oii.. Tension sangat2 dah ni.. Dapek berendam setengah jam pon ok dah kasi buang kusut ni.

hey, dah lama aku tak up cerita pasal tempat aku ni kan? Last aku naik entah bila ya? Dulu2 rajen lah naik. haha but i swear, if they don't stop, i just have to shut em up. lucifer, pinjam katana lu boleh? hehehehehe