17.6.11

Basah dalam Hujan

Danau Toba '10

Hidup ini tak puas kalau tidak bersama orang yang kau, kau sayang
Hidup ini cumalah satu helaian kertas penuh dengan rungutan dan bebelan
Pembelanya pula cumalah satu.

Rungutan aku selesai dibela, dilunas.
Dampar aku ke laut, terbanglah aku ke awan.
Masih kepala aku berpaling, mempersoalkan.

Tentang manusia-manusia yang ramah
dan petah menabur setia
hanyalah pada maya, bukan bersifat real
Visual yang kau mahu nampak semata.

Namun di sebalik huluran salam semua itu
ada tangan yang aku sambut
aku tarik tubuhnya dan ku dakap erat
Moga kita saling berpegangan
sampai tiba hayat akan datang.

Pada awan kita meminta biar curahkan sedikit hujan harapan.
semoga tanah ini tidak gersang lagi.


TentangGambar:

Antara senja yang sempat aku rakam diawal 2010. Pakai kamera yang aku kira jenamanya kau, kau pun kenal. Tak tak..bukan dslr, aku tak larat nak gantung kamera gabak di leher. kehkehkeh. Tempat ini aku tanda. Setiap kita mesti ada tempat-tempat yang kita tandakan dengan bermacam tag/label, kan?

Di tempat itu aku kenal sebuah perkenalan, harapan dan kini hanya tapak tinggalan. Di tempat itu aku kenal bakso, anjing peliharaan kaum Batak yang jinak dan bilik sederhana besar dengan dua katil tanpa kipas (kerna tempat ini memang sejuk) yang berharga 50ribu rupiah semalaman. Di tempat itu aku mengenal aku yang kadang boleh bersipat bajingan juga tak kenal mana lawan, siapa kawan. Siapa kata batak itu hanya milik kaum Batak? Batak juga milik orang yang baharu kenal cinta (kununnya cinta, cewah!).