12 June 2011

Anjing dan Menganjing


Tentang anjing.
Ada yang kata anjing itu teman karib. Mestilah mereka yang bukan Islam berkata sebegini kerana ya, Muslim itu takut benar menyentuh anjing tetapi tak pernah takut untuk menyentuh betina lorong haji taib. 
Tapi itu cerita lain.
Ada yang mengibaratkan anjing dan bayang-bayang itu seperti dia dan internet. Ha, fakta pelik tapi memang benar ini datang dari kicauan tweet lunaohluna, seorang perempuan matang yang aku sanjung. Hai kakak.

Anjing bagi aku adalah mereka yang menyalak apabila nampak objek yang bergerak-gerak. Layaknya aku lah yang bergerak sepantas kilat terjun ke lombong, sesat di laut, dan tenggelam dasar orkes manusia itu. 
Ya aku lah objek itu dan anjing...
anjing..anjing..anjing... mereka tak sekali pon berhenti menyalak.

Eh eh anjing menyalak... Nampak hantu lah tu.

Ya aku lah hantu itu. Ligat melibas malam pekat dengan sayap yang rapuh-rapuh.
Anjing peneman setia manusia, kononnya bersifat protective.
Kalau anjing itu anjing lah jua. Bukanlah anjing jika tak habis menyalak. Kan?

Butthurt, anjing?