29 May 2011

Prekso

Hehh.. *garu kepala*

Kadang kadang kan.. Kita tak sangka sudah berapa hati kita hancurkan untuk kita menapak pada petak sekarang..

Kita tak sedar, sudah berapa gelen air mata anak dara kita titiskan, berapa banyak amarah teruna kita provokasikan, kita tak sedar berapa banyak gunung harapan kita tereskan. Jadi mendatar terus. Seperti gondolnya bukit-bukit di Hutan Simpan Komanwel semata nak bina flat-flat rumah rakyat, banglo-banglo mewah dan padang golf sendirian berhad.

Kadang-kadang kan.. Kita tak sedar sudah berapa banyak wajah muram kita calitkan semata kita beritahu mereka yang kita telah gagal dalam sesuatu perkara.

"Macam mana kakak kertas periksa tadi? Boleh buat ke? humm.." tanya Mak sebaik sahaja aku pulang ke rumah habis sahaja peperiksaan darjah dua. Mak ada di rumah pada tengah hari itu, sedang lipat kain baju adik. Muka aku? Sememeh...jebir mulut, itu jawapan aku pada soalan mak. Tudung sekolah dah lama aku pecat, taruk dalam beg. Tengah hari 1999 sangat panas tahu. Kertas matematik memang mengancam. Cikgu Yahya mengajar aku sungguh-sungguh untuk aku paham tapi tetap bengap jugak! Soalan mintak jawapan dalam bentuk lazim. Aku pula, sah tak paham-paham yang Lazim tu bapak siapa? Waktu itulah kan...

Tapi mak, waktu itu.. "Pergilah makan, mak dah siap masak ayam goreng untuk kakak. Sayap tu simpan untuk adik ya.". Aku tak kerlih langsung muka mak. Ngeri takut! Lepas mandi, sarung baju, aku pergi makan kat dapur. Senyap... sampai sudah!

Sekarang. Memandangkan aku jauh, jarang nak nampak mak.

Mak, :-(

SMS yang aku kirim pada mak habis sahaja menjawab paper tadi, apa-apa hal baik aku beritahu dahulu walaupun mak arif aku ada paper tadi tengah hari.

Ya sayang mak.. Mak sentiasa bersamamu sayang..

Dapat saja mesej cenggini, cancel terus plan aku nak #terjunKBMall. hahahhahahah!


Aku taip pula mesej pada Aamir Khan, alaaaa..pelakon bollywood tu. Kalau Salma #mentor5 korang kenal, takkan Aamir Khan korang tak kenal..nampak sangat pembohongnya.. Oh ya, jangan tak tahu, aku dengan Aamir Khan tu rapat tau..kemain lagi bonding kalah adik-beradik tiri! Aku hantar emoticon muram yang sama.

Aamir, :-(

Punyalah kamceng aku dengan Aamir Khan ni, aku panggil dia Aamir jerr.. Berdesup laju je dia reply tau. Tak sempat bernafas pon aku! Aku steady je tekan inbox.

It's OK Fiq... bolo all izz well..all izz well..


Tangan kanan letak di atas dada kiri lebih kurang bawah sikit je dari tulang clavicle..tepuk beberapa kali.
all izz well..all izz well.. Aku sebut beberapa kali. Sudah gaya berzikir. Aamir pernah cakap pada aku yang...


Hati ni sebenarnya penakut! Jadi, tenangkan ia.. 

All izz well la fiq! Chalo betey!