2.5.11

Penyanyi Majlis Perkahwinan

8.00AM
OFF DAY. Aku ada cita-cita baru hari ini, dalam beberapa jam lagi bakal terlaksana. Rasa tak enak pula tubuh ni. Sengal-sengal bahu. Tekak pon meloya. Seram sejuk kemain. Kalah malam jumaat nervousnya. Haih.. patutkah aku tolak pelawaan ni awal-awal lagi? Bingung.

10.00AM
Okay. Munchkin, aku dah gaul nasi sama tuna untuk dia. Nak pergi rehearse pulak. Oppss before ke Grand Season tu, kena amek Esah dengan Ica. Hiro kata jumpa malam ni. and yeah, Nash pon jumpa malam ni. Sibuk mengatur anak baru pakai toilet katanya.hehe.. aku kangannn bangat sama mereka. teruja!

4.00PM
Rehearsel macam limau nipis nak di bikin air tapi perah-perah kurang keluar jus. Masih muda. Kamon..feeling belum matang lagi ke? nak nyanyi lagu Quando Quando memang payah. Cis. Aku terkam Ica. Ajak dia makan abc kat cafe hotel. Extra jagung and cendol please. Tapi Ica nak jugak letak sirap kaler merah tu banyak2. Serba salah pulak aku kalau tak menurut. Patutlah rongak gigi anak Hiro ni. Perangai ikut ayahnya yang asal Kelantan, suka sangat benda manis-manis. Kalau ikut perangai mak, mesti dia gempa aku pergi KFC siap-siap, peha ayam dua ketul, perangai mak asal Mesir.kehkehkeh. Munchkin jugaklah yang ikut perangai aku, makan nasi dengan lauk. Bagos betul Munchkin.

Mood = Motivate diri sendiri. Kalau tak mampu nak provide kebahagiaan untuk anak, jangan beranak.

6.00PM
Mata aku tak lepas dari melihat John, si pianist yang bekerja lama di lounge ini. "Tahu not lagu ini?" Aku ajukan earphone dan pinta dia dengar lagu yang aku maksudkan. "Tahu." jawab dia ringkas. "Kita tukar lagu. Mainkan lagu ni malam nanti." ujar aku. Gelodak jiwa aku disambut tenang oleh John. Dia anggukkan sahaja kepala tanpa berkata apa. Sungguh pun dia tidak tahu sejarah aku dan si pengantin, dia anggap ini kerja profesional. Aku pon harus lagak profesional dalam masa yang sama..menyampaikan. aku mahu dia tahu.

8.00PM
Pengantin dah diiring masuk. Aku lihat dengan pandangan yang kosong, i guess.. erk. Aku tengok Nash, dia senyum. Aku tengok Esah, dia jelir lidah. Macam mana boleh jadi mak budak entah Esah ni, gedik ayor. Patutlah gedik, Hiro yang dodoikan Ica dalam pangkuan. Aku tergelak kecil lalu sengih unta.

9.30PM
It's about time. Aku lihat aku di depan cermin. Kebaya Bandung. Perincian yang kemas. Sekemas jiwa kamu sekarang, kan? Senyumlah sayang. Senyum. Silau sungguh cahaya lampu dituju pada aku di atas pentas ini. Aku lempar senyuman. Mata aku terarah kepada meja pengantin.

"Untuk sahabat lama, selamat pengantin baharu dan semoga berbahagia."



Hiasan dewan semegah jiwa aku yang sedang melontarkan isi hati yang lama aku pendam selama ini. Nyata pertemuan kita yang dahulu bukan yang terakhir kali.

I heard that you're settled down.
That you found a girl and you're married now.

I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I'll remember you said:
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.

You'd know how the time flies.
Only yesterday was the time of our lives.
We were born and raised in a summer haze.
Bound by the surprise of our glory days.

Nothing compares, no worries or cares.

Regret's and mistakes they're memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

2.30AM
Mata mulai mengantuk. Aku usap belakang badan Munchkin perlahan-lahan. Malam ini aku tidur bertemankan Munchkin lagi. Mengekur Munchkin apabila aku usap dia begitu. Marcella: Princess or Pawn, novel itu dicampak sahaja ke sebelah sana katil. Katil queen itu dirasakan seperti terlalu besar buat dia dan Munchkin sahaja. Dah biasa. Lampu sisi katil pon dimatikan. Mata katup perlahan. Diam.

Dalam sedar ada air jernih mengalir dari hujung mata dan aku seka cepat-cepat. Tidurlah. Tidur ya.

**************

Insyaallah, ini bukan cerita versi aku.hahaha. Tapi part Esah dan Nash tu aku bet 10rm kalau betul!
Aku minat betul dengan suara Adele. Terutamanya dalam lagu yang ini. ParaJamaludin lagi gilakan awek britain ni dari aku tau.

Well, ini inspirasi daripada kisah seorang lelaki yang cekal hadir pada hari perkahwinan kakak aku pada tahun 2009 dahulu.. Aku masih teringat dia datang dengan senyuman dan shades hitam menutup mata bundar milik dia, melihat kakak aku di meja makan beradab, disamping suami yang baharu dinikahi. 
Poor him, si bekas teman lelaki. Kalau kau, kau sanggup? Mahu tak berdebar jantung..adehh...

Dan itulah kisah cinta paling hebat aku pernah lihat sendiri. Cool.