10.5.11

Mimik Wajah Kamu

Biarkan semuanya membakar diam-diam dalam sekam
Membentuk bara api terendam
Sampai hitam segala ruang keamanan
Kerana corong wasapnya disumbat kemanisan duniawi

Yang berbuku di dada hanyalah kecewa
Amarah dan amuk bukan lagi dasar indah dijaja dahulu
Tiada lagi relevansi untuk setitis lagi darah dipercik ke bumi
Kita terlalu jinak terlalu berlembut
Dogol urban takut disanggah garuda
Fitrahnya dipondankan
Dia tidak sedar hati dan jiwanya sudah lama dilelong
kapal dagangan berlabel politik.
Akur lahiriahnya diratah
Dia kecut, dia parah.

Akhir hikayat manusia bernama melayu,
Kitab sejarah diulang rombak
Hanyalah satu lagi maruah terletak
pada perkataan perlembagaan
Yang serakan tintanya telah dilacur air mata fitnah.
Teriaklah anak bangsa, kerana kau tidak lagi gagah
Hanya pandai melamar cita-cita dalam angan indah.


2.35pm
8ribubatu dari tanah melayu

P jeling pada S: Kalau marah tunjuk, marah kita marah bersebab.