26 May 2011

Mikael Tak Suka RFC

Pemanduan hari itu lancar. Langit cerah. Tiada traffic jam di jalan sekitar bandar Alor Setar. Setelah meminta izin suami, Mariam keluar membawa anak-anak meronda dengan kereta Chevrolet Captiva maroon miliknya. 

"Umi, hari ni hari lahir adik, Abi sibuk dekat opis, kita makan luar nak umi?" ujar anak Mariam yang sulung, Mikael namanya duduk elok di sebelah seat pemandu. Rambut nipis anak 8 tahun itu diusap lembut. Mariam tersenyum kecil. Rasa sejuk perutnya bila mendengar Mikael mengingatkan tentang ulang tahun hari lahir adik bongsunya sendiri. Mata Mariam melirik ke arah Syafiyyah yang duduk di belakang seat Mikael, anak bongsunya sibuk membetulkan tudung mini rona pink yang baharu sahaja dipakaikan sempena sambutan hari lahirnya yang ke 5 ini. Tudung yang Abinya hadiahkan. 

"Baiklah, anak-anak kesayangan umi ni nak makan apa? Adik nak makan apa, sayang?" tanya Mariam. Matanya yang bundar itu ditala ke arah dua beradik itu. 

"Nak KFC ! Nak KFC! " jerit kedua-dua anak kecil itu. Syafiyyah mula terlompat-lompat mengikut alongnya. Mariam pening kepala. KFC lah pulak..terpengaruh dengan iklan dekat tivi lettuw. Aku tak patut benarkan depa tengok KFC HOUR kat channel TV3..haihh... 
Idea!



"Anak-anak Umi, kita makan RFC ye?" pujuk Mariam. Anak-anak yang kepelikan tak peduli apa-apa. Sebutan hampir sama. Gasaklah, janji aku boleh bedal ayam goreng.. Monolog Mikael diam-diam. Berhenti sahaja di hadapan francais RFC, Mikael melompat turun dari kereta. Diheretnya sekali Syafiyyah adiknya ke dalam restoran tersebut. Terkedek-kedek Syafiyyah mengekor. Mariam geleng kepala melihat gelagat Mikael. 

Usai pesanan dan pembayaran dibuat, Mariam membawa dulang berisi set ayam goreng RFC ke meja makan. Buntang mata Mikael melihat peha ayam goreng dihadapannya. Gebu sungguh ayam celup tepung ni! Doa makan dibaca, Mikael rentap peha ayam cepat-cepat dan kunyah serba laju. Mariam menegur anak sulungnya itu supaya lebih bersabar. Syafiyyah biasa-biasa sahaja menjamah kentang putar. 

Bluehhh... 

Kunyahan daging ayam diludah ke tisu. Mariam terkejut. Air kola Radix cepat-cepat dituang lalu disua nya kepada Mikael. 

"Umi, tak sedap macam KFC lah Umi..Mika tak suka." ujar Mikael. Bibir Mikael terjuih ke depan. Pinggan berisi baki ayam tadi ditolak ke dapan. Tak pernah Mikael tolak ayam goreng sebelum ni..kenapa Mikael macam ni? Teringatkan emel yang dia terima di tempat kerja, Mariam terpempan. Dia harus terangkan pada Mikael. Baru saja mulutnya dibuka untuk menerangkan pada Mikael, Syafiyyah mencelah.

"Along, KFC tu ayam dier haram okeh. Tak semelih betol-betol. Ayam RFC ni bagos okeh. Siap diperdengarkan ayat al-quran lagi. Along tu nak mengaji pon malash." semberono saja Syafiyyah berkata-kata. Habis satu mangkuk kentang putarnya dimakan. 

"Benda haram memanglah sedap Along. Makan je lah ayam goreng tu. Ini kan besday adik, Along pulak banyak bunyi." ujar Syafiyyah lagi. Mata bulatnya menjeling Mikael yang terkulat-kulat di tempat duduknya. Mariam terkutik, diam tak kata apa-apa. Bingung dengan Syafiyyah. Mungkin anak kecil ini terdengar aku berbincang dengan suami tentang emel itu agaknya..

"Yelah.. Along makan lah ni.." Malas bergadoh panjang, Mikael ratah peha ayam dengan muka tidak lagi tak bernafsu.

Mikael mendengus kecil. Habis peha ayam yang satu itu. Tinggal lagi bahagian sayap pula. Dia tak berselera. Matanya ditala keluar tingkap restoran. Melihat orang lalu lalang. Sesekali dijelingnya Syafiyyah yang enak makan. Dalam fikirannya berderu-deru tanda soal datang. Nak cakap, tak nak cakap? Nak cakap ke tak?

"Jadi benda halal tu tak sedaplah kan? Tawar. Tak enak. Macam masakan umi jugak."

Selamba saja Mikael beransur ke sinki. Mariam tercengang. Aku pulak yang kena!