12 May 2011

Madness Mojo



tak kisah lah kau putih, cokelat, karamel atau hitam gelap.
tak kisah lah kau berjambang, bermisai, licin atau kasar.
tak kisahlah rambut kau hanya potongan 03, Jude Law, atau panjang ikal.
tak kisah lah kau lebih pandai main game daripada bikin lagu.
tak kisah lah kau bercermin mata bingkai tebal, nipis atau tak langsung.
tak kisah lah kau selekeh, kemas atau sedang aja.
tak kisah lah kalau kau berselipar, berkasut kanvas atau kaki ayam.
tak kisah lah lepas baca surat khabar kau tak lipat dengan cermat atau main bungkus aja.
tak kisah lah kalau kau suka berfikir tentang dunia, tentang kucing, 
tentang gel rambut, tentang apa-apa.
tak kisah lah aku kena marah sebab tempek gambar kau di baju lalu tayang pada dunia.
tak kisah lah kalau mahu peluk kau aku perlu panjat tangga dahulu (sebab aku rendah)
tak kisah lah pandai goreng nasi atau aku end up berada dalam bilik air tiga kali berturut.
tak kisah lah kalau kau hanya ada kertas biru berwajah agung dalam dompet 
atau tidak ada langsung.
tak kisah lah kalau kau pemalu kerana aku kurang, ya kadang-kadang, 
hey mestilah aku malu, sikit :p
tak kisah lah kita punya sepuluh juta persamaan atau tidak ada persamaan langsung.

tak kisah lah 
tak kisah okay, tak kisah.

Sebab...
Aku dah sayang kau lah gila!

aku mahu terus renung kau dengan dagu aku bertongkat lengan dipangku oleh meja kopi kita.
dengan bibir menutur lembut tanpa bantuan suara dan udara, alebyu.