19 May 2011

Loghat

Ini bukan kes aku loghat nak pi mana.. Ini kes loghat percakapan.

Kejadian ni berlaku tak lama dulu. Satu deret kedai di Kajang tempat aku buat praktikal asasi dahulu, ada sebuah kedai pemiliknya seorang cina. Tahu cina? Yang matanya harus sepet, kulitnya putih kuning dan cakapnya mesti bising. Ha, kalau kau masuk satu-satu restoran nah, kalau yang bising duduk semeja 3-4 orang tu mesti cina! ha ha ha

Tauke cina ni kedainya jual barang-barang runcit. Ada meja penuh surat khabar dengan macam-macam 'kepercayaan' di depan pintu. Al kisah aku masuk. Tujuan nak cari panadol soluble, selsema bersin saja tak lekang. Aku hanya berdiri di kaunter. Tengok tauke cina dengan mata agak berair. Hidung aku sudah merah-merah kalahkan rusa santa claus.

"Hai uncle," aku tegur. Takkan nak bagi salam alaik pulak. Nanti di kata aku tak jaga sensiviti orang tak tahu bahasa arab. Naya..

"Ya adik, boleh saya tolong?" 
.


"Ohh...." <--- reaksi lambat pikap.

Aku diam. Lama. Lancar tuturnya semacam tak ada sedikit pon essence/loghat cina. TAK ADA! Wow, mulut sedikit nganga sebab terkejut. Atau lebih tepat terpana. Jarang-jarang aku dengar orang cina (alah..yang bukan melayu tu..) cakap bahasa melayu tanpa ada loghat cina sikit-sikit pon. Terharu. Terhormat. Terasa semangat SatuMALAYSIA menusup laju-laju dalam hati aku. peh peh pehh..

"Panadol soluble uncle. Saya selsema lah." jawab aku, muka maintain comel. Tauke cina tu ambil dua tablet bulat macam besar carom berbalut bungkusan warna  label panadol warna merah lalu diberi pada aku - yang tak sudah-sudah sengih lagi lebar dari kerang terbukak lepas masak. Selalu kan yang kita akan dengar;

"Amoi mau apa?"
"Lu apa mau..?" dan bla bla bla lagi.

Dasar hormat dan tahu diri ni memang aku tabik spring. Kadang-kadang kecewa bila rakan sekolah aku dulu orang cina, bersekolah kebangsaan tapi kertas bahasa malaysia haram nak lepas pangkat lulus. Cakap pula bersembur-sembur ke muka, bahasa asing yang rata-rata kita majoritinya tak tahu. Menyesal pon ada bila aku sendiri tak belajar bahasa mandarin atau tamil di zaman persekolahan dahulu. Tapi come on lah, takkan bahasa kebangsaan pon di loghatkan dengan bahasa international lain. Faham tak? Cakap loghat negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan, Perak apatah lagi Iban, Bidayuh; loghat/lughah yang ini pon failed nak paham apatah lagi tutur.

Tauke cina ni ada 'bau' melayu. Memang aku 'tanda' tauke kedai cina tu. Pandai pikat pelanggan dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Yang sememangnya patut ada pada semua rakyat jelata Malaysia pon. Jika orang mahu kenal kamu orang Malaysia, mesti pada bahasa. Macam Amerika Syarikat dan Britain. Dua negara berbeza budaya dan identiti tapi loghat tutur bahasanya yang membezakan sama ada dia itu warganegara Amerika Syarikat mahupon Britain.

Fong Sai Yuk
#confession beliau adalah crush saya dulu. :P

Teringat kisah pada tahun dua ribu, aku darjah tiga sekolah rendah. Adalah seorang lelaki cina ni memang kami berkawan agak rapat sebabnya 'bau' melayu dia kuat. Bertih betul mulut dia cakap melayu dengan aku sampai aku lupa kawan-kawan lelaki jati melayu yang lain. Bual punya bual punya bual sampai hinggap rotan Cikgu Hamizah (guru sekolah rendah yang bergetah, anak dara lagi masa tu) di bontot aku. Sengal sampai ke tulang pinggul. Punyalah comel boy tu sampai aku lupa nama dia. Kasihan kami berhubung tak lama sebab tengah tahun tu dia pindah sekolah.

Itu kisah budak cina pertama aku. yang terakhir juga, sebab lepas tu aku tak sangkut pada mana-mana budak cina dah, sebab tak ada 'bau' melayu. Ada jugak menyangangkutkan diri dengan budak melayu muka ala cina. Jahanam dia lagi lahanat dari cina yang makan babi. Boy yang makanan kegemaran dia babi dan biawak goreng tu pon lagi jujur dari budak melayu tu. kah kah kah.

Sambung cerita. Lepas bayar harga panadol dua carom tu, aku blah menuju ke mamak's di bucu deret kedai. Kalau mamak tu mamaklah jugak. Ada yang itu bukan jati lahir di sini (alah...kalau ada yang lahir di tanah melayu pon belit tu tetap juga belit woii) kerja dah sepoloh tahun 'bau' melayu sikit pon tak lekat. Aku cakap teh tarik kurang manis, dia tanya "mahu gula ka, mahu susu manis itu kasi lebih?". Nak kata baghal, dia bukan lembu. Kecewa.

Jadi itu kisah di Malaysia. Aku belanja korang naik Gulf Air penerbangan selama 11jam terus dari KLIA ke Cairo Airport untuk kita tinjau base sosial masyarakat di sini pula. Jadi sini orang arabnya amat bangga dengan bahasa arab. Jadi bila kamu kata "Aku tak pandai berbahasa arab." atau kamu kata "aku tak paham" secara automatis kamu dibenci sekejap oleh seseorang yang berbangsa arab itu. Mereka akan bilang, "kamu patut tahu bahasa arab, kerana bahasa arab itu bahasa syurga." dengan riak muka garang dan mengecam kamu.

Aku bukan mahu riak atau bangga. Mungkin muka aku muka rezeki, aku selalu dapat belas ihsan dari kaum penjual arab di sini. Barang percuma, kamu nak tolak? Aku tak. haha. Tipsnya senang sahaja, cakap sebutir dua loghat arab. Yang asas pon cukuplah seperti contoh beri salam (tanda kemuliaan), terima kasih dan selalu mengiyakan.. Insyaallah anda disenangi sepanjang hayat. muahahahahaaha... Sekarang aku sudah ada 'bau' arab. Makanya automatik aku disenangi oleh masyakat setempat (poyo tak?).

Okay patah semula ke Malaysia. Aku cuma rasa bila mana aku TERpaksa mengikut eksen cina/india dalam perbualan jual beli atau sebagainya, aku rasa aku sedang berkurang ajar. Kurang ajar terhadap bahasa, mencemar bahasa itu sendiri dan berkurang ajar terhadap orang cina/india yang aku sedang berhadapan tu.

Aku harap aku tak lagi kurang ajar dengan mana2 orang tak berbahasa melayu dengan baik. Tekad aku, kalau mana-mana antara mereka yang berloghat international ni semasa bercakap dengan aku lagi, aku balas dengan bahasa melayu baku pula.

"En cik, sa ya ma hu teh ta rik ku rang ma nis sa tu, ya. Te ri ma Ka sih."