03 May 2011

Kopi dan Seksi. Sebati.

Biar lah aku label minggu ini sebagai minggu aku bermalasan dengan suara si gempal Adele yang berasal dari tanah Britain.

Mendengarkan piece yang ini buat aku terbayang kopi. Ya, kopi. NOPE, tidak.. kau takkan nampak aku pegang kopi rm13 starbucks. Paling tinggi harga kopi di tangan aku hanyalah kopi mekdi. Trendy habis lah tu. 3 1/2 sachet sugar, cukup untuk aku. Kalau di rumah, mungkin aku tuang kopi Kluang. Momen duduk di gerai kopi railway Kluang pasti terjah kepala aku. Sama high bila aku dengar piece Adele yang ini.


Bercakap tentang kopi, sejak bila kita perlu membayar harga yang mahal untuk logo brand, sesudu serbuk kopi dan air panas? Starbucks, Old Town White Coffee; pfftt... tak perlu aku ceritakan secangkir kopi pada jaman arwah atuk aku berapa harga. Kita semua bersetuju untuk membayar perut kapitalis. Jangan tanya aku, tanya tangan-tangan kamu yang membayar. Menyokong.

Duduklah kau di mana sekali pon, dengan kopi cair/pekat tanpa logo sekalipon, tayangkan imej memori yang masih bersagat, hirup dan enjoy. Paling koman, yang ini kamu tak perlu memuaskan hati mana2 jerung pembuat modal. senyum. Crazy For You, dan lagu ini buat aku melayang lagi.



My oh my, how my blood boils,
its sweetest taste for you
It strips me down bare
and gets me into my favourite mood.



Kopi dan seksi. Sebati.