16 May 2011

Just Curious



Dalam berjuta-juta mereka yang dia anggap sebagai kawan itu, ada seorang aku. Yang setia berpeluk tubuh, melihat dia dari jauh. Melihat dia berlayar dalam lautan dunia sosialnya. Dalam keramaian itu aku lihat dia masih segak mengendalikan sehariannya dengan bijak dan mudah. Seperti layaknya seorang dewasa. Penuh toleransi, kasih sayang dan kelembutan.

Aku bangga dia sudah jadi dewasa. Eh, dia memang dewasa pon, kan? [masih lagi dalam kondisi menyilangkan tangan, memeluk tubuh.]. Aku harap jati dirinya tidak hilang. Pertimbangannya moga kekal teguh dan takkan runtuh ditiup angin macam menara lidi yang rebah sekali tiup. Imannya ada, taqwanya ada. Pasti olahan pemikiran dan pendiriannya kukuh diselangi ilmu cambahan duniawi yang dia peroleh.

Bila melihat dia bersalaman, menyambut huluran persahabatan dengan manusia manusiawi yang lain, aku lega. Dia berjaya membina satu lagi ikatan yang menyumbang pada peri bentuknya seorang dewasa seperti dia. Apabila masalah mendatang, dia hadap dengan tenang. Kepalanya pasti berserabut, aku tahu. Tapi seboleh mungkin dia sembunyikan wajah kalut itu. Kerna dia seorang dewasa. Lakon layarnya semua tentang kematangan individu mengendalikan bot emosi.

Aku masih lagi memerhati dari jauh.

Diam-diam hati aku berbisik. Mahukah dia dengan seorang lagi dewasa yang ingin menitipnya, menjaganya dari rumah pula?

Rumah. Selimut. Keluarga.

Dahi berekrut. Aku didesak oleh perasaan ingin tahu.