07 May 2011

Bonda Sayang



Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda



Bonda by M Nasir. Aku dah bagitahu belum, yang aku minat M Nasir dan bercita-cita mahu berkahwin dengan beliau bila aku dah besar nanti? :)

Akan aku lagukan ini dari jauh. aku kirimkan pada bonda sayang melalui mimpi indah beliau. aku harap bonda tidur dengan lena cukup 6 jam, lebih lama sedikit daripada selalu. dan tidur bonda tiap malam tiada lagi terganggu, terjaga, buka pintu bilik aku dan intai aku tidur - kerana sekarang aku tak berada di kamar tidur. aku di sinilah. menaip.

aku selalu sahaja bercakar lidah dengan bonda. entahlah, serba serbi tak kena. bonda kerap ucap aku ini persis babah. segalanya resemble babah. cara minum, cara bercakap. yang manis sahaja, bonda kata. tapi babah sanggah kata bonda itu. babah kata aku manja, cantik macam bonda. mesti cantik perangai mesti cantik tutur kata. cantik segala.

#pengakuan, jika takdir bonda dijemput ilahi terlebih dahulu daripada babah, aku ikrar tak mahu perempuan lain sebagai pengganti. biarpun babah digempa sepi, tak apa aku ada. aku temankan babah. kerna tiada alasan yang terbaik boleh gantikan bonda. aku tidak tahulah jika kau kau orang jumpa alasan yang lebih baik untuk menggantikan bonda kau orang, aku, tak ada. 

nampak tak, jika aku tutur mengenai bonda, pasti aku kombo-kan sekali fasal babah. kerna pakej seorang bonda itu datang pada aku dengan seorang lelaki yang dia agungkan dalam jiwa. melengkapi. wujudnya seorang ibu itu melalui sebuah kelahiran dan wujudnya aku ini pon kerana seorang ibu. buat anak-anak yang lahir ke dunia tanpa pujukan dari seorang ibu mahupun azan seorang bapa, jangan khuatir. kamu dikasihi lebih dari segala apa di dunia sehingga disebut-sebut nabi junjungan kita.

Buat ibu-ibu bukan seperti Siti Mariam ibunya Isa, anda juga seorang ibu. Pernah [bayinya dibuang atau ditanam atau dipanggil Tuhan] atau sedang sekarang bukanlah isu. Sengaja aku mahu kamu tahu, aku bahagia dikasihi bondaku. Buah yang isinya rosak tidak semestinya akarnya turut rosak. Beri peluang kepada akar itu untuk subur dan membuahkan hasil yang lebih elok, lemak dengan kemanisan dunia akhirat. Beri peluang kepada diri sendiri, yakin dan percaya. Yang lain-lain, berserahlah kepadaNya.

Bonda, aku tak mahu menjadi hipokrit mengikut golongan majoriti dengan mengatakan hari hari, hari ibu. Sebab itu adanya hari kemenangan - aidilfitri. Jika diikutkan hari-hari pon, sepatutnya hari kemenangan menangani godaan napsu setan. Kita diajar untuk bersifat istimewa. Jadi pada hari ibu, aku angkat bonda lebih daripada hari biasa. Kalau kita berdepan sekarang, hari ini hari kita cuti dari bertekak, menarik muka masam dan berebut remote televison. kikikikii.. 

Happy Mother's Day; tak perlu masak. Bonda hanya perlu belai kucing2 dan pokok orkid depan rumah. Cium pipi bonda sampai bunyi berdecit!