05 May 2011

Bersangka Baik

Gua malas sikit hari ni. Kain-kain di ampaian gua tak angkat-angkat lagi. Sudah naik garing dah gua rasa, jemur sejak tiga malam lepas. Rian ; ustaz indo di rumah sebelah pon sudah pandai main siul siul ikut tingkap;

"Fiq sayang.. Bila jemurannya mau diangkat?"

Gua satu je, sekeras-keras tapak kasut gua gua paling pantang orang sebut sayang. Mahu cair tapak kasut BUM  doploh lima hinggit gua tu...

Fine, gua angkat dengan hati yang sebal. Cepat-cepat gua tanggalkan pakaian dari hanger. Gua gumpal-gumpal pakaian mahu dekat sepemeluk, gua masuk bilik (beranda gua kat ruang tamu) gua humban atas katil. Tepat-tepat atas betis Aisyah Nabilah Habibullah aka Esah yang sedang enak webcamsex dengan balak beliau yang tinggal di Hiroshima. Walaupon japang dibadai gempa bumi ternyata perhubungan mereka berdua tidak rapuh. Cliche; macam lagu-lagu Salim Iklim. Gua buat muka selenga cepat-cepat gua berpaling nak keluar dari bilik. Tapi langkah ayu gua terhenti;

"Ha, eloklah humban atas katil. Karang kau nak tido kau humban pulak tepi almari. Esok lusa nak pakai pergi kelas baru cari baju-baju tu...." bla bla bla disambung lagi bebelan dia. Gua dah agak dah mulut murai tu terbukak nanti. Gua cebik bibir, malas nak dengar. Gua kerlih katil Nash Amira Abd Ali aka Nash. Terbongkang tidur. Patutlah tak ada suara gelakkan gua. Bila BB dia bergegar, Nash masih mampu membalas BBM dengan mata tertutup. Bahana! Henpong cokia gua di sisi bantal gua pandang sepi. Mesej pon tadak apatah lagi mms ghairah bersama gambar kain pelikat, haram gua tak pernah receive!

Gua hentak kaki, tak puas hati. Kain atas betis Esah tadi gua biarkan saja. Gua hempas pintu bilik dan gua pon berlalu ke ruang tamu dengan gaya bentak-bentak paling comel.

"Melawan lagi.. melawannnnnn!!!" pekik Esah sayup-sayup kedengaran. Perdajalkan semua. Gua capai headphone, katup kedua belah telinga. Bukak laptop tekan on. Cucuh broadband. Sambil tunggu koneksi gua zikir seround dua, semoga internet tak semput petang ni. Connection berjaya. [rasa keji pula bila tulis koneksi. geggeegeli]

Tanpa gua sedar Nash duduk berteleku di sisi gua. Aura feminin dia memang satu macam.

"Kau dengar lagu apa, Fiq?" dia tanya. Gua senyap. Semua senyap. Tinggal Sally si ikan laga dalam akuarium bulat berenang mengibas-ngibaskan siripnya lalu memercikkan air. [cakap je lah bunyi percikan si sally, tambi!]

"Kau buat apa tu Fiq?" tanya dia lagi. Tak putus asa betul... Tak nampak gua tengah mencangkul tanah ni?

"Eh kenapa kau tekan deactivated fb tu Fiq?????" pekik Nash. Separuh tuli telinga gua. Ok, gua tak pasang lagu pon tadi. Headphone ni buat hiasan ja atas kepala gua.

"Alhamdulilah..." ujar gua sepatah. Gua tadahkan kedua belah tangan dan gua raupkan ke muka. Gua lurutkan headphone hingga ke pangkal leher. Muka Nash yang tercengang gua tatap dengan pandangan paling sayu.

"Aku mahu uzlah, Nash. Maafkan aku. Jalan terbaik bagi final kali ni adalah untuk aku tidak bersama-sama lagi dengan dunia maya. Aku kuburkan semua kenangan dalam fb kali ini." dua nafas gua tuturkan segalanya.
Ternyata Nash berbahagia menyambut ucapan gua dengan esak tangis pelbagai tone suara.

Gua mengeluh. Kepala gua yang mulanya serabut, mula rasa surut. Gua tersandar lesu. Seolah-olah baru sahaja habis berperang saraf dengan mak gua. Nash sudah terhinggut-hinggut menahan sendu. Ketahuilah sahabatku pemergianku ini tidak lama, bisik gua perlahan. Moga-moga sampai ke hatinya.

"Selamat Hari Kematian buat diriku..." ujar gua lagi. Makin meninggi esak tangis Nash.

Gua melangkah angkuh masuk ke bilik dengan langkah heroin. Nash gua tinggalkan di ruang tamu, masih menahan sendu. Sedih dan terharu barangkali. Sehelai tisu gua campakkan pada Nash, kasi kesat hingus kata gua.. Pintu bilik gua kuak perlahan. Baju-baju yang gua humban atas katil tadi sudah siap berlipat dan terletak elok di dalam almari. Bagos betul Esah, si teman sekatil gua. Tak sia-sia gua mengupah dia dengan cerita sebelum tidur [baca: bed time story] tiap-tiap malam. Esah memang manja. Tak dengar suara gua sebelum tidur, tak boleh tidur dia! Mahu mengingau pegang pisau di dapur, malang nasib gua nanti.

Gua senyum simpul kepada Esah dan dia membalas dengan jelingan manja. [kahkahkah aku imagin lebih masa ni, bini orang ni woi!] Seperti biasa waktu-waktu begini aktiviti webcamsek beliau dengan buah hati sudah tamat, gua hampiri Esah dan duduk di sebelahnya.

"Apahal kau deactivated fb? Mengada lah tu." ujar Esah. Gua tunduk. Esah mesti tahu, sebab berita gua mahu deactivated fb memang pantas tersebar disebabkan gua lah ratu fb di rantau ini. Gambar-gambar profile picture gua stok model pencarian gadis ayu dan perempuan gagah, wallpost gua dipenuhi puisi-puisi mamat romeo, pendek kata, kalau gua hilang, hilanglah satu nikmat dunia fb! Gua mengeluh perlahan. Hujung bantal gua pintal pintal pintal sebijik seperti pintalan selendang Yuna. Berbakat sungguh jejari runcing gua ni.

"Sah..Sah... pinjam akaun FB. Aku online pakai akaun kau ya?" pinta gua tak malu. Muka gua paling kiut gua mimikkan sejibik macam ahli kumpulan Geli-Geleman.


Kaaaa POWWWWW....~~~!!!!!

Jangan tanya kedudukan gua di mana ketika ini. Esah sudah jet atas belakang gua sampai gua terjelepok ke bawah katil.

"Binawe!" pekik Esah sepatah kepada gua. Perkataan terakhir yang gua dengar sebelum gua pengsan di tempat kejadian.

*******

Sebenarnya aku nak final exam next week. Aku belum pernah final dengan blog ini lagi. Kalau hilang sekejap tetiba tu paham-pahamlah. Kalau tak hilang-hilang tu ce kabo ke aku "Woi tak nak exam ke woiii~~" mesti aku sentap kejak dan kembali bertapa.

okeh all da best untuk kumpulan gula-gula. ternyata malaysia tidak mengalami masalah nutrisi tetapi mungkin obesiti - ? oh tak mengapa, timbalan menteri kita yang fit, sihat, lagi ada 8 pack di abdomennya itu sudah ada solusi, haramkan nasi lemak di kantin, putuiii nasi lemak kantin sekolah aku dulu zero lemak tau..orang meniaga mana taruk santan dlm nasi lemak kantin. podaa cit!. kah kah kah..

okbai!