10 April 2011

Velog untuk Mak

Tarik nafas. Lepas. huu..~~ nebes ni nebes.. fes taim buat vlog neh..
rambut serabi tak hengat. dan amek sikat jap, sisir rambut rapi-rapi. oles lip balm sikit, nanti kata aku tak cukup makan minum pulak kat sini, pucat semedang.

Dengan nama Allah..
Tekan butang On Record.

Assalamualaikum.. hai Mak.
Selamat Hari Jadi Mak.
This time around, kakak, jauh... 
*sengih kerang busuk*
*tengok kalender digital hujung screen komputer, 11 Apr*
I'm not be able sing u happy birthday alive.
And sajak.. kakak tak prepare untuk Mak sajak tahun ni.
*garu kepala*
Sorry Mak.


Thanks mak, ajarkan kakak solat. belikan telekung. ajarkan mengaji.
Thanks mak, tak bagi kakak balikkan ikan keli atas dapur, mak takut mercik minyak kat lengan kakak kan? 
i know my mother bery well lah!


Mak. i love u one two three. 
*flying kiss*
Mak. jangan stress-stress. kakak belum graduate lagi. 
nanti dah kerja kakak belikan kereta, mak jadi perasmi.
i'll treat u better than putri umnok treat Bik Mama.
*muka megah*


i love u mak.
take care. 
*lambai-lambai*

Gelabah cari butang Off Record. Tekan.
phewwww~~ memuncung saja bibir aku. kepala tegak ke atas. kipas kipas mata.
please don't mengalir-ngalir...
Tekapkan headphone ke kepala. Replay video. fuh fuh! kool kool..
geleng-geleng kepala. boleh tahan jual jugak muka aku ni ya. anak Mem Rokiah lah katakan..tsk tsk tsk..
Habis replay, kepala, aku sandarkan ke dinding almari.
Mata menerawang ke syiling. Diam lama. Mulut aku memang terkatup rapat pon.

"Mak sayang kakak, tahu?" (Video call, semalam)

Mak..tanyalah apa-apa tentang anak dia, mesti dia akan sebut fasal aku acap kali. Sampai naik kerut seribu dahi anak-anak yang lain. Tentang aku begitulah, aku beginilah... tapi setiap scene aku itu hadir rapat dengan babah aku, lelaki yang dia cintai. Lelaki itu yang dia puja siang dan malam. Separuh hidup dia berkhidmat untuk babah sahaja. Insyaallah sampai hujung nafas pon. Kan?

Wanita itu, banyak rahsia dia dalam genggaman aku. Aku berani bertaruh pada jam tangan hitam kesayangan aku tu yang kalau dikeluarkan hati mak, tiada sedikit pon yang tinggal untuk dia sendiri. semuanya dia bagi pada orang tersayang. pada aku, pada babah, pada anak-anak.

"Hebatnya mak kakak, tak siapa boleh nilai dia." ujar babah. "Selagi dia boleh tahan sakit, selagi tu dia diam. Kalau dia sakit sangat-sangat, baru dia cakap. Kuat tak kuat mak kakak tu." ujar babah lagi. Aku lihat mata babah. Sanjungan dia terhadap mak memang tak terjangkau tinggi dia. Itu pun perbualan belakang mak, as usual dekat mamak. Pergilah tanya bapak bapak yang lain, tenung mata dia, cari jawapan dia tentang seorang isteri, seorang mak terhadap anak-anak. Kau akan jumpa jawapan yang paling membanggakan.

Sungguh cakap. Pada aku, mak aku..tak siapa boleh challenge. Even aku pon.
*senyum kelat*
bideo tu aku simpan. nak bagi through fb adik, aku sendri pon segan. heh.
adik aku kata aku ni ego tak bertempat. katanya aku bias.
aku kata aku ada reason. selam selam dalam hati tak jumpa pon reason tu.
aku kan anak bapak. heh. [apa kena mengena?]

Hoi Fiq, tak payah nak ego sangatlah. Mana tahu ajal kau, mungkin panjang sejengkal je lagi?