01 April 2011

Tinggal Ludah


tinggal ludah.

bila bicara tak diendah bila rasa tak bersanggah. main buai seorang-seorang lah aku. dan berhayunan langkah bersama bayang.

tadah tangan ke langit, mengharap hujan yang turun. malang bagiku, tinggal lah hanya ludah.

masa, bila mahu berhenti?
mati, tiap hari aku doakan, tapi belum jadi-jadi.
lembik lutut ini membawa tubuh kuyu. patah semangat.
aku ingat kau dengar aku. aku ingat kau tahu aku.

berlari tangan-tangan mungil menampar lembut pipi ku lembut.
dielusnya rambut ke tepi, sisir hingga ke belakang telinga.
cinta, inilah pemberian kamu.
aku dakap si mungil penuh kasih dalam dakapan
dan tiada aku peduli raungannya mahu lepas
aku lepaskan pelukan berlarilah si mungil ke arah kamu.
cinta, terima kasih hadiahkan mungil kepadaku.

terjaga dari mimpi di dalam mimpi yang aku turut aku mahukan tak menjadi lagi.
belum lagi. kata si cinta. belum lagi.

dalam tidur dia aku hadir. dalam pembaringannya aku turut baring dan memeluk dari belakang.kemas.
aku kucup dahinya dan aku berlalu pergi.
sedar cinta ini cinta bersambut.

janganlah jangan hanya nanti tinggal ludah.