23 April 2011

saka

Hidup ni penuh saka. Sebab tu semalam habis aku buang semua saka. Masa tu aku dalam terapi alpha. Minda 'thinking without thinking'.

Aku duduk bersila. Tapak tangan kedua letak atas peha. Aku tutup mata. Mulut terbuka sedikit. Sedut napas pakai mulut. Aku loya. Aku bilang angka menurun dari limabelas,ampatbelas,tigabelas,duabelas sampai lapan, aku kunci. Mulut tutup, aku napas ikut hidung. Dua lubang alir napas. Tak mahu lemas.

Terlintas muka dia dalam kepala.

Aku mahu buang dia. Saka hitam. Suka mengekor bagai bayang. Buat aku empunya hati nipis hidup tak senang.

Dalam screen hitam putih kelabu tahi anjing, ada imejan pegun saka itu dihadapan dan aku disisinya. Uneasy feeling. Dah lama aku tak terlintas wajah babi dia.

Aku kena buang babi ini. Saka luar delapan petala.

Aku muntahkan. Keluarkan. Cairan bubur pulut hitam keluar. Keluar saka. Keluar.

Penat bergelut, badan ini membongkok. Air mata tiada rasa, neutral sahaja.

Lega. Masuk bilik, aku baring. Tangan panggung atas dahi. Mati.