04 April 2011

Redalah.


"Masih marah?" pertanyaan itu aku lontar. Dia diam sejak tadi. Tak berkuis sedikit pon bibirnya untuk ukirkan senyuman buat aku. Marah sangat nampaknya. Aku senyum simpul. Aku lihat dia leka memandang tanah. Kasut kanvasnya habis kelabu bermain dengan pasir.

Hessyyy.. comel sangat lah tu orang tanya, dia senyap. Pantas aku tarik tali beg sandangnya maju ke hadapan bersama aku. Dia menurut dengan mudah. Aku cari bangku cokelat tua di hujung taman, di bawah pohon angsana. 

"Duduk," dan dia duduk. "Sana sikit," dia pon beranjak ke hujung bangku.

"Saya kalau boleh nak awak duduk depan saya, 24 jam."
"Saya kalau boleh nak cakap selamat pagi kat awak dulu, sebelum orang lain ucap,"
"Saya kalau boleh nak balas twitter dengan awak biarpon awak duduk sebelah saya je."
"Saya kalau boleh nak picnic dengan awak, saya bawakan sandwiches untuk awak, sebab makan burger mekdi selalu tak sihat tau."
"Saya kalau boleh nak nyanyikan semua lagu yang awak suka, tapi suara saya bukannya sedap macam Dia Frampton. Tak apa, pitch saya tak lari, i guarantee."

dan macam-macam jenis nak lagi aku mahu buat untuk dia, buat dengan dia.. semuanya aku mahu lakukan asalkan bersama dia. aku tak pandai bercerita tentang kebahagiaan semata, dunia aku penuh masalah dan aku pilih dia untuk berkongsi masalah. namun, sejak akhir ini aku rasa, bahu dia terbeban. dia penat. dia perlu rehat. Maaf..

Dia mengangguk kecil. Masih merenung aku dengan pandangan kosong.

"Awak faham tak? Janganlah angguk saja awak.. " suara aku sudah bertukar serak. Sebak yang aku tahan mana aku mampu selindung. Aku tarik nafas dalam-dalam. Melihat ke langit. Memandang awan.

Dia yang aku fikirkan sehari-hari. Jika aku mendapat berita gembira, dia yang aku maklumkan terlebih dahulu.  Kalau sedih, dia macam bomba, padamkan segera api kesedihan yang merebak dalam hati.

Corny? I love you memang corny. Tapi bukan semata murah bagi aku. Sebab setiap ucapan yang keluar itu aku maksudkan dengan sepenuh hati.

Basi? Masaklah yang lain. Pakai resepi baru tapi masih guna dapur yang sama, acuan periuk yang sama. Sebab itu gunanya akal.

"Masalah kalau tak muncul, tak thrilled la perjalanan hidup kan, awak?" Dia senyum. Mata dia, cantik.

"Jaga diri. Terima kasih awak." ujar aku. Perlahan sahaja. Aku senyum ramah, mesra.

Aku bingkas bangun. Udara keliling masih sejuk. Muffler aku ikat rapi di leher. Naikkan hood sweater ke kepala. Kemudian, laju sahaja aku masukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar jeans.
Tinggalkan dia. Sekejap cuma.

Bunga angsana mulai jatuh berterbangan saat digempa angin petang. Dia di belakang semakin menghilang, kembali ke tanah asalnya. Tanah yang aku jejak ini tanah mimpi, manakan sama dengan tanah realiti.