31.3.11

okay, dengar sini ya!

okay this BO. jantina jantan. pet jiran aku. aku suka peluk-peluk dia. 
last peluk dia before aku balik ke Malaysia ikut ops piramid. 
tapi kalau @kucingputih, ehem, last 'peluk-peluk' masa coffee date dekat mekdi masjid jamek.

okay dengar sini ya.

aku ini kan jauh. lahiriahnya. jika lah ada hati-hati yang diamuk resah berada di hadapan mata, dah lama aku peluk jasad itu dan usap lembut belakang badannya.ya, cabarlah aku untuk peluk, aku buat betul-betul derr, aku tak tipu. tapi hati-hati yang mengamuk itu semuanya di tanah air. Allah! *tepuk dahi!*
*gosok dahi..pedihlah pulak..*

kalaulah aku ada kuasa Jumper, dah lama aku melompat balik ke Malaysia setiap kali ada hati yang membunyikan penggera kecemasan, minta aku padamkan api kegelisahan cepat-cepat. kita akan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, makan petang, dinner malah supper bersama-sama. aku orang perempuan, sejak alam bunian lagi telah ditetapkan untuk selalu berkorban, kalau tak boleh berkorban, masakan kamu semua itu lahir dari rahim dan vagina seorang perempuan?! kahkahkah

okay dengar sini ya.

pertama, terima kenyataan. telan dan kunyah kenyataan itu 44kali sunat ikut nabi, kalau dah puas kisar, telan!
kedua, redha. tadah tangan, mintak doa pada tuhan dan mintak tenangkan hati dan permudahkan perjalanan hubungan ramah mesra kita-kita ni.
ketiga, optimis, yakin bahawa masa yang kita buat atas dunia ni untuk setiap perkara adalah bukan sia-sia! ingatlah teman-teman..tangan yang memberi lebih MULIA dari tangan yang menerima. oleh itu start to think positive ya sayang-sayang semua.

okay dengar ni ya.

kau ingat aku bahagia duduk jauh dari famili, huha huha berjalan sana sini di tempat orang?
derrrrrr... 44tan batu harapan aku pikul atas bahu ni. mana nak puaskan napsu aku, mana nak puaskan tuntutan makpak jiran-jiran senior-senior joyah kunyah sireh. gambar-gambar yang aku pos dengan senyuman manis tu semua bo'ong. kalau ada kau kat tepi lagi manis senyuman aku tu..serius.. *angkat tapak tangan kanan way up high*

eh aku belum sudah lagi ni. dengar sini ya...

aku ni dah kayak zombie berjalan dengan mata sembab tau.., tangan lanjut menongkat bumi tapi kepala masih tegak melihat jalan di hadapan. kau kau kau bukan ada untuk pimpin aku. hhahahahahaa
tengok tengok..aku kan dah ketawa besar tu.. aku dah boleh terima hakikat ni. malah aku terima je hakikat aku tak balik raya ni walhal aku tak pernah missed sekali pon raya tanpa famili!. aku okay je. serius okay!
*finger crossing belakang badan*

belum habis lagi lah....

aku sayang kau *ciom ciom dahi kau* oleh itu, layanlah aku elok-elok and yeah aku bagi kau layanan baikk punya! memanglah susah nak layan kepala batu hamsap aku ni..bukan aku yang pilih kepala ni..pinjam saja maa.. mujur DIA bagi *tunjuk langit* bersyukur lah sikit. cuba berchenta dengan orang tak ada kepala? haa..mau kau tak mimpi basah sampai bila-bila.

okay dengar ni..



penat melayan aku? aku pon. takkan aku nak terjun bangunan? aku sayang tubuh badan aku ni. *ciomciom bahu dan lengan*

sedikit piece dari aku. sebuk amek gambo kuda.
=.='