15.4.11

Menjadi Gagah

Mata ini selalu sahaja ada habuk yang memasuki tanpa kebenaran. ternyata helahnya menjadi. air mata mencuci bebola mata yang mulai mengering. sayapku mematah. cakaran kuku tidak lagi menggenggam dahanan. atau dahan itu mungkin rapuh, aku tidak mampu memaut.

rebah. melayah rendah.

terjelepuk jatuh.

ahh tilam yang mengeras spannya, biarkan aku terbaring di sini mengadap syiling. biarkan aku memikir jalan terbaik untuk akhiri segala. vanilla coke dan pain killer itu permainan lama. aku tidak mahu terus di takuk bodoh. aku perlu rencah yang baharu untuk permainan yang baharu.

menjadi bijak bukanlah senang. membelakangi syiling. menekup muka pada tilam dan tapak tangan menekan belakang kepala. teriak senyap sunyi. aku pucat lesi.

lumpuh. uhh.

BUZZ.!

khabar dari yang di sayang-sayang. bangunlah jiwa..bangun...
basahkan muka pakai air sejuk. menggeletar. raup. tepuk. kulit mula memerah. ada darah.
lap tapak tangan pada tuala. teguk sprite seteguk dua. basahkan kerongkong.

buka pintu, alu alu kan kemasukan cahaya. biarpun silau tapi mampu senyum.

"Hai sayang..."