08 April 2011

Make You Feel My Love


buka butang kemeja. buka satu persatu. tanggalkan kemeja itu. letak di atas katil.
kemudian berlalu ke tandas.
pulas tombol pancuran air.
buka laju, buka penuh.

muka, tadah ke langit syiling.
dada basahkan dahulu.
biar lama air menyiram pantas laju membasah setiap lekuk lekuk indah

melututlah.
kau kecewa.
basahkan kepala.
air menderu.
air mata menderu..

duduk biar lama.
jangan tunduk selalu, pening.
tegakkan kepala.
pejamkan mata.
aku ada. tangan aku menjalar melalui lengan dan kunci rapat ke dadanya..
aku peluk.

"Aku ada.."

"Kau dengar tak ni?" suara aku sedikit kuat. menekan. mahu kepastian.

dan tangisnya sedunya semakin kuat.
mengesak-esak..
semakin kemas kunci tanganku.
dia tenggelam dalam teriak dia.
perlahan dia rebahkan kepala dan badannya di peha ku.
air jatuh semakin membasah.

When the evening shadows and the stars appear
And there is no one there to dry your tears
I could hold you for a million years
To make you feel my love




"Syy... Aku kan ada..."