07 April 2011

Kahwin Paksa punya cerita

ohaii semua! 

piece aku kali ni, aku nak khutbah pasal mimpi. ya, macam hellioz-dia mimpi pasal tunang. dia manusia, aku pon so aku pon ada mimpi tapi bukan mimpi pasal tunang, pasal benda yang lagi horror dari tunang.

mimpi aku dua puluh kali ganda gila daripada mimpi mana-mana housemate aku, naik Nash mahupon Esah. tak bukan mimpi basahlah la sengal. ni mimpi gila punya. mimpi aku ni tade kaler2 tau, ada kaler sephia je. aku pon tak paham apesal.. 

pasal kahwin - ini bukan setakat kaler khemah, baju nikah dan hantaran, ini lebih daripada semua itu. ini tentang nyawa, tentang jiwa.

disurahkan aku terjaga dalam mimpi tu dalam keadaan dikurung dalam bilik dan khabarnya mak aku tengah arrangekan perkahwinan seseorang, sape lagi kalau bukan aku. cuak bukan main. gelabah ayam betei. aku tanya orang-orang dalam mimpi tu [orang tu semua kabur, aku sendri tak pasti depa sape];

"Apesal mak nak kahwinkan aku? sape pulak calon ni?"

tapi tak dapat jawapan. tak ada suara cuma ada orang tunjukkan gambar bakal pengantin lelaki, orangnya rambut sikit, tinggi tapi tak clear sgt muka... dan kat tangan aku tu ada satu botol air yang mak wajibkan aku minum. aku ingat aku ada minum sekali je. kakak aku [yelah kot kakak, takkan kak limah pulak dalam mimpi aku?] kata yang air tu air jampi suh make sure aku kawen gak dengan mamat tuh..... HAMAGADDD..!! 


makkk aiiiihh nak pengsan hakuu.. ini gambar anak jiran nih! aku dah geleng-geleng kepala mengalahkan zikir al-arqam. demit! tak bulih jadi. aku kena larik! aku pon pasanglah plan dengan bapak aku. fuhh adik beradik lain semua tak mahu dengar hujah-hujah aku yang menyatakan alasan kenapa aku tak perlu kahwin sekarang. aku tak abeh belajar lagi woi.. dah la mamat mana pulak mak pilih.. tak kenan betei cara paksa-paksa ni!

okeh, aku jumpa bapak and i said "Bapak, aku tak mau kahwin macam ni. NO. NEVER. "

orait, bapak celek jari aku. "Tapi kakak kena minum air jampi yang lain untuk fight air jampi yang mak bagi tu." . 

And i was like, okeyyyhhh... beres! jampi versus jampi. aku wonder asal aku tak masuk Hogwarts instead of Zagazig's. demmit! nevermind, aku minum jugak air jampi tu. teguk sampaiii habis!

*PLINK!!!* tetiba aku dalam airoplen, siap-siap nak terbang. kan tadi aku nak lari kan?? ha.. elok sangat lah tu, lari naik kapal terbang.

"FIQ, BANGUN.. PERGI SEKOLAHH...." okeh.. itu efek sound suara Esah. bontot aku dikaki-kakikan beliau. berfeluh aku bangun dari mimpi.. naik senak otak aku. cemas bukan main. alih-alih mimpi jer? i was like, mimpi jerr..?? lucky me.. nightmare do.. taubat aku tak mau kena kahwin paksa do!

pengajaran daripada mimpi [aku suka tafsir mimpi aku sendri] ialah..:

1) mimpi tu dalam keadaan sephia, sangat old and movie macam tersekat-sekat. 
---> aku rasa maybe because citer arrange married memang banyak pada tahun 40an dan 50an. kalau tak wayang kaler itam putih, kaler sephia.. ha.. kena sangat dah tu!

2) botol air jampi.
---> mungkin amik mood penangan movie "---- dalam botol " [ecely, aku tak tahu kenapa...]

3) jampi versus jampi
---> haaaaa...ini maknanya walaupon ada input jahat yang orang buat kat kita, kita kena tanam semula input yang balik dalam diri kita. supaya kita tak mudah lemah dan hanya jadi pak turut. betul kan kan kan?? 

4) tapi kahwin atur...
----> ha, tu lah pasal, kahwin atur ni bukan semua tak bagos. ada yang kekal sampai bila-bila pon. yang aku rejek shop asal? [garu kepala] well, kahwin atur dengan kahwin PAKSA dua benda yang berbeza la..

5) lari pakai airplane.
----> SARKASIS betei mimpi aku ni.. mentang-mentang aku lari ke Malaysia sebab  revo hari tu aku balik pakai belon terbang, ha.. dia perli aku.. demyu mimpi! kalau pakai roket ke, kereta kuda ke barulah kewl..bajet dalam kertas kerja tak lulus lettuw..

okay, aku memang tak mahu kahwin awal terutama dengan stranger. sangat ajaib kalau aku boleh get along dengan orang yang aku baru kenal okay.... my buah hati si @kucingputih pon aku kenal dia masa kat mestech dulu. not a rare case lah. dikatakan aku ni memilih dalam berkawan? proven by tajul muluk hari isnin! haha 

dan orang yang paling aku takut dalam dunia ni adalah mak aku. so opkos la mak kena mainkan watak sedikit  j a h a t  gitu dan tak mendengar kata anak2 muda. aku kan darah muda, darah rebel kononnya.. echen..! dan bab kawin awal ni aku ada bagi beberapa fatwa dulu kat entri sini

yang tak blah boleh plak buat pakatan axis dengan bapak aku supaya aku boleh lari dari hari perkahwinan. cool betei! cayalah bapak! i kiss pipi u hard hard! 

haaiihh.. rindu la pulak. hai mak, bye mak!