12.4.11

Hadiah, bukan Sedekah.

Aku lahir dengan ic card yang menamakan aku dengan bin binti. Mengislamkan aku. Menomborkan aku. Mengalamatkan aku. Mewarnakan aku dengan warna biru. Pakaian aku jersi putih kain biru dengan tiap tiap pagi mengalunkan Negaraku. Angkat sumpah. Turut perintah.

Rasa hina bila kerajaan asyik ulang ayat subsidi subsidi subsidi.

Aku ini tidak menerima sedekah tapi aku terima hadiah.

celaka, tinggi cita-cita kau nak jadi nabi? 

Nabi itu manusia.
Aku ini pon manusia.
Atas khilaf siapa aku perlu terima sedekah? 

bala ni bala...

Kalau nak beri, berilah.
Yang diungkit setiap kali pilihanraya kenapa? 
Kalau aku calculate tiga generasi aku bayar cukai, belum tentu cukup 3 muka.

Aku lihat jalan masih merah, harung sungai masih berperahu.
Negara maju. hak tui.