26.4.11

Dari Katil



Rasakan ini dengan semangat kecintaan yang penuh di dada. Aku adalah manusia yang songsang hanya tahu memberi dan memberi sepenuh perhatian sehingga mampu merobek kantung mata, kerana melihat kamu yang penuh nafsu itu membuat aku rasa gundah. Gelisah.

Di jendela senja terpancar hanyalah cahaya yang bakal membelakangi aku dengan bayang-bayang kasar terbentuk di hujung kaki. Sungguh. Aku sungguh. Mahu kau hidup dan bernafas dan memeluk dan merangkul dan membelai aku seolah bayang-bayang itu, yang sedang membentuk di hujung kaki.

Seperti songsangnya cinta Shakespeare mencipta tulisan maha indah paling dekat dengan syurga dunia untuk pasangan homonya, seperti itulah aku obses dengan kasih dan perhatian kamu. Galak bola mata ini mencari walau setitik pon kasih yang keluar dari bendalir kasih bernama kamu, namun aku gagal. Tangan dihulur tak dicapai, rindu dihulur jatuh bersepai. Hati renyuk kemek.

Bambulah aku kerana dunia aku hanya rindukan kamu. Malah setiap gambar-gambar sefia yang bercahaya cuma pada wajah kamu. Paling dekat dengan syurga.

Senyum.. kasih aku rindu.
Senyum.. cinta aku rindu.
Senyum.. paling dekat dengan syurga, tak kejauhan boleh dicapai; pakai minda pakai imaginasi.

Lutut rapat ke dada. Masukkan ke dalam baju t putih. Sejuk. Tangan, merangkul. Aku tunggu kamu.