01 April 2011

Bila Kamu Tiada

hari minggu. temanya. MALAS.

dan itulah aku. yang bergomol-gomol dengan saratoga (baca: selimut tebal bulu) dan mengamuk-ngamuk.. tidur tak puas lagi lah mak...

aku putar radio buruk. tepi katil letaknya. punat volume aku pulas ke kiri semakin kuat. aku tancap dinding. terlentang. hai syiling! apa kabar kamu hari ni? kamu ni pervert kesukaan aku tahu? kamu nampak aku bersalin pakaian, kamu nampak aku berguling-guling atas katil, kamu nampak aku baca tulisan hlovate, kamu nampak aku pakai gincu merah depan cermin kemudian aku lap semula kerana -ahh- gincu bukan teman aku paling karib biarpun hari-hari aku oles di bibir.

lalu apa yang paling dekat dengan bibir? kata-kata. my ugly mouth. dan bibir yang satu lagi. entah bila akan bercantum. keh keh keh. ketawa aku mengekek. gatal. estrogen naik? binatang! aku bukan wanita cantik.

pusing lagi. kali ni aku membelakangi syiling. tangkupkan muka dengan bantal. breakfast on bed anybody? nahhh.. tekan tekan henphone.

sudah tiada mesej, tiada call, tiada missed call.
hampa. rasa macam syiling berkecai terjelepuk jatuh atas kepala!

*****
my bestie tengah ada critical prob dengan kekasih hati dia. 10 tahun collect kenangan bersama, he's her one and only. 2-3bulan pon boleh meroyan, inikan pulak tahun.. =.='' aku tengok dia, aku jadi tak keruan. dia refuse tamo makan, dia muram, dia sedih. jadi, aku peluk dia, usap kepala dia. ajak dia makan. dia bijak, takkan nak mati kering. tapi at once dia pernah sebut, 'aku boleh mati kalau aku dan dia putus'.

ayat itu yang terluncur keluar dari mulut dia. laju saja. slip dari lidah dia. cakaplah pasal tuhan, pasal agama, pasal seksa dalam neraka pada masa ini, dia mungkin tak mahu dengar, tak boleh nak absorb pon. dia bijak tentang duniawi dan ukrahwi. dia tahu semua tu. jadi aku hanya dengar sahaja luah rasa dia. memang, orang yang disayang dikenang itu macam missing star. aku tahu. kita semua pernah rasa 'missing star'.



It’s like a missing star
That’s always been up in your sky
It’s like the rainbow never comes after the rain
It’s like the sun never rises in every of your mornings
How am i supposed to live without those things
There are all you…



so babe, aku harap kau cheer up. we all have difficult time. especially bila dah jauh2 ni, semua benda pon rasa susah. haih.