29.4.11

Apa bendalah perempuan ni.... ERK!


Sudah gaya gemuk macam babi. Nak jadi garuda macam mana? Kebar sayap pon tak lepas-lepas mahu terbang.

Semalam, kelmarin dan malam-malam sebelum kelmarin, aku rasa aku tak bercerita banyak selepas kejadian gomen hantar aku kembali ke tanah mesir ni, ye dak? Kisahnya kerana gara-gara twitter. Banyak tumpah rant di situ. Apadahal? Sebelum ni macam ada gaya banyak pula rant aku di rumah papan nih. kehkehkeh

Alkisah aku mahu final exam, jadi aku deactive semua binatang fesbuk, blog dan twitty. Mahu hiatus! Mahu uzlah.

Yelah.. typical alasan umat pelajar kayak aku. Bukan tak biasa dengar. Mahu silent kerana mahu fokus. Kononnya. HEY..aku selar bontot sendiri. Bukan bontot kamu. Biasalah manusia.

Aku wonder kenapa talian hayat aku yang dah cecah 20 ni termaktub hubungan aku dan 'member-member' di alam maya sahaja. Bosan macam gampang. Despite aku berbual-bual penuh sama blogger yang aku sanjung [alexiaaqram,lucifer,namanami,rokessastra,parajamaludin,kucingputih tu mestilah!] dan the rest yeah yeah yeah korang semua aku cop-kan sebagai blogger, masih aku rasa ada tak kena dengan diri aku. Ada bolong kat belakang badan. Macam amik wudhu tapi tak sempurna, tak kena.

Menatang apa istilah blogger ni pon aku tak tahu. Maksud aku, aku ni blogger kah? Follower kat tepi ni, apakah? Segala rant, tempias emosi di sini, ada orang pedulikah? Content yang aku bagi ni, orang ambil cakna kah? aha! masih teringat aku letak iklan nuffnang sebab iklan tu bergerak-gerak. Aku suka. HAHAHA.

BEZA.
LOL. [ketawa gampang kuat pada diri sendiri] Aku masih ingat bila petang-petang aku berjalan menuju ke barisan gerai pisang goreng, sebenarnya aku pulang dari cybercafe. Rumah bapak tak ada koneksi internet pada masa itu. Jadi perjalanan aku itu diselang dengan gelak ketawa anak-anak sekolah, bualan pakcik-pakcik berkolar biru di kafe dan kepulan asap bas metro yang lalu lalang. Telinga aku tak disumbat dengan apa-apa musik. Kosong. Aku angkat semua bunyi-bunyi yang ada di sekitar.

Berjalan seolah aku takkan keluar daripada rumah, chin up dan tangan dikebar ke depan ke belakang. Pulang dari beli pisang goreng seringgit (adalah dalam 10 belah pisang dan semangkuk kerak) aku singgah di kedai buku (apa namanya aku lupa!) tapi kedai buku tu kedai buku melayu. Pecat selipar di luar (lantainya ada karpet) dan berteleku di satu sudut. Biasanya aku pilih ruangan buku alaf 21 (novel ilmiah porno yang 'halal' untuk aku baca). Cukup sejam, licin plastik pisang goreng dan yang tinggal hanya habuk habuk dan minyak yang melekat di dinding plastik.

"Terima kasih, kak." Semedang aku keluar dari kedai buku dengan gumpalan plastik pisang goreng tadi aku kemam dalam tangan. Buku tak beli la tapi. Duit lima ringgit dah terbang.

.buku penuh sarcasm.

Okay. Aku nak cakap, pada moment2 ini aku rasakan aku lah manusia paling pandai dalam dunia. Sebab aku rebel dan aku rage. Kemarahan boleh menggerakkan dunia kalau kena channel yang betul (padahal aku yang tulis terapi kemarahan dalam pseudosains.blogspot.com!) Aku dah lama tak puas hati dengan syarikat konsesi tol, aku tak pernah paham pembahagian subsidi tu manatang hapa, aku tak paham kenapa perlu wujud terma 'rumah kos rendah', aku ludah sistem KPM selalu ubah silibus, aku tak tahu macam mana nak coop dengan PPSMI, aku benci pengawas (end up aku grad sebagai pengawas, boo aku) dan aku lama-lama bebal. Bebal since aku masuk asrama, aku terpaksa patuh pada guru. Tu benda yang paling aku regret. Kadang-kadang aku regret. Sebab aku away daripada bapak aku, surat-surat khabar aku, MTV dan natgeo. Aku depressed, frust dan menyesal.

5tahun lepas tu semua; Balik ke rumah selepas kuliah (kalau barang dapur sudah habis, beli barang dapur dulu) bukak laptop, pasang music, katup telinga dengan headphone. SENYAP seribu bahasa. Nak kata aku tak banyak ada hubungan sosial dengan manusia lah. Secara lisan tu tak ada. Orang keliling kelalang cakap bahasa nabi arab, aku cuma tahu bahasa nabi melayu ja. Jadi getaran/vibration dan serapan aura positif tu kurang. YA YA YA aku salahkan aku yang tak mencuba. Panah petir sekarang.

SO.
Dah dekat setahun aku blogging (kononnya) dan aku banyak baca apa yang aku nak baca. Falsafah, politik dan duniawi. Semuanya bercampur aduk. Dan tak semestinya apa yang aku baca aku olah balik kat sini. Takkan aku nak tulis macam hisyamuddin rais? itu bukan bidang aku walaupon ya aku memang baca dia. aku tak pandai pula nak godek-godek infomasi macam obe, tak punya jiwa yang cukup besar macam nami dan aku tak pula cantik dan jiwa tranparent macam para jamaluddin. dan ofkoslah aku tak boleh tanding Fynn Jamal. pfffttt.. itu dewi tu!

ya, kalau kau tanya dah apa yang kau buat di Zagazig? inilah yang aku buat! bersiap siap nak jadi hamba rakyat paling profesional (putui)! sejak aku tinggalkan dunia aku belah sana, well kita semua pon move on, aku..., aku dah hilang semua hormon rage, marah tu. aku redha ja. aku benci lah aku macam ni!

LOL [sekali lagi mengekek ketawakan diri sendiri.] aku wonder jika paparan skrin layar besar bila di masyar nanti, Allah tunjukkan ini lah aku dengan pijama tidur mengahdap laptop,berasmara dengan internet pada umurnya masih muda. nah, sumbangan apa yang telah aku taburkan untuk diri aku, orang ramai?

null, none, zero?

"Sebab tu Fiq, buat semua perkara jangan sampai sia-sia. Ilmu tu, paling senang kau nak timba, nak dibahagikan. Sedikit pon jadilah."

.tertinggal trem.

Yelah.. yelah..