21 April 2011

Alaihissalam!

kemam marah. pendamlah sampai padam. bakar hati bakar, yang hitamnya jiwa, yang berasapnya telinga.mulut diam kacip seribu bahasa.

jujur kita jujur. yang menipu hanya diri kamu yang pecahannya dua kutub. satu kita satu, umpama kau pakai aku pakai kau kembali. bertenanglah sayang.

dan demikian hal hal lain kita serah pada tuhan empunya kunci kalbu kerana aku ya aku tak pernah faham kamu, tidak juga diri kamu khatam tentang kamu.

belajarlah kita belajar. mengenal diri sedang menjengah alam dewasa hingga ke liang lahad.

dan jika kamu kecewa dengan manusia, kembalilah kepada tuhanmu. dia selalu ada untuk semua keluh kesah. telah dia janjikan itu dalam kitab huda Nya.

apa guna sembayang lima waktu jika tidak hargai hidup di hadapan mata? tak seorang pon dari kita tahu akhir kita bagaimana. jadi pintalah kepada Dia. kita ini hanyalah pengemis dan doa kita bersambut hanya dengan solat dan sabar.*selak Al Baqarah : 153*

dan ini adalah aku. yang berkata-kata dalam nada yang tegas. riak muka aku tak berkocak. aku akan selak lembar ini kelak bila aku patah retah, punah dilanda badai. *selak Al Baqarah : 216* Kerana kita ini semuanya orang bijak bijak dan dalam doa kita pinta jauhkan dari neraka dan mahu tempat di syurga. lantas...

apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) Al Baqarah : 214

*********

Dalam sejuk dinihari itu dia duduk berteleku. dalam genggamannya ada La Tahzan. bibirnya katup rapat. Dalam pakaian solat itu juga dia menyatukan tangan kiri dan kanan. mengemis.

Usai tangis, dia cabut pakaian solat. lipat sejadah biru. terserahlah pada tuhan. 

sayup terdengar deruan angin. kibaran sayap malaikat malam dari atap zink. dia senyum kecil. bersambut sudah, tunggu magiknya terjadi sahaja.