30 April 2011

Aku Suka Kau



Aku Suka Kau

Semuanya bermula daripada ayat ini. Ayat corny but hell yeah.. kadang-kadang kita rasa yang corny itu lebih baik untuk kita. Terutamanya, orang yang lurus macam aku. Aku percaya aku ini orangnya naif. Hanya ikut betul bendul. Jadi aku akan senyum, tiap kali aku menerima ayat ini. Dari kawan kawan, mahu pon perempuan atau lelaki atau, 'orang-orang macam kita'.

Daya tarikan? Boleh jadi macam-macam. Ada lelaki sukakan perempuan dengan backpack atas belakang, tanpa peta di tangan, skinny jeans, cermin mata, rambut perang panjang dan hanya t-shirt putih "I LOVE KRABI" tersarung di badan. Ada pula perempuan yang mungkin, ya mungkin sukakan lelaki dengan t-shirt biru muda dengan sedikit grafiti typography, jeans lusuh yang tak berbasuh mungkin sebulan, sling beg dan jam tangan di pergelangan kiri. Daya penarik, untung untuk orang2 yang punya mata untuk melihat. Daya penarik boleh jadi macam-macam..tulisan, lukisan, suara, aksi, etc etc berbagai..

Aku RASA Aku Suka Kau..

RASA.. not a very convincing word.. bukan satu ayat yang menyakinkan bagi aku. Ianya separa. Atas pagar. Rasa macam suka, yet the very next day, hari yang seterusnya rasa tidak pula suka. Ah sudah! Bagaimana ini..

SUKA... ayat yang berbahaya.. cukup cukup bahaya. Sungguh pun sifatnya tergantung. Maksud aku dengan berkata "Ya, aku suka kau." boleh menentukan perjalanan kau seterusnya.. Sama ada, ehem, jalan beriringan, dilema persimpangan atau teruskan perjalanan, pakai kasut yang sama, tiada peneman, masih dalam view suasana yang sama. Pendek kata.. ayat ini memang cukup cukup bahaya!

Lebih pantas menyukai tanpa memberitahu atau biar pendam. Simpan dan ukir senyum sampai nampak lesung pipit dalam dalam. atau...

Kalau beritahu... Ahhhhh. Keliru ya?

Kita ambil langkah macho lagi bergaya. Begini, kita bagitahu, subjek tertentu.. Tak kisahlah apa jenis feedback bakal diterima.. Apa nak jadi, jadilah! Kita.. kita bagitahu sahaja? Orait??

Ready... Steady.... Ok.. Go...

aku suka pada scene ini di mana kau letakkan tangan di kedua belah anak perempuan itu. 
rambut kamu tu..aku rasa mahu kacau kacau saja! ahaha

jatuh suka pada kau sejak nampak kau dalam kostum ini Edward TanganBergunting jam 10malam tahun 1999 Klinik Shah. Aku ke klinik dengan babah 
kerana aku demam tapi aku nampak kau dalam tivi di klinik. 
Kau fikir aku buat apa, selain tercongok dan melihat kau ukirkan patungan ais buat yang tersayang?
*senyum*

Berkumis nipis mahupun tebal. 
Selain cigar di hujung bibir lelaki ini begitu suave untuk aku terangkan segalanya perihal dia.
Kumis dia ingatkan aku tentang seseorang. dan seseorang itu mungkin ya, 
mungkin sedang membaca piece aku kali ini...
kenyit mata dan cumbuan terbang khas buat kamu.


ya, aku suka kamu, Johnny Depp. #problem