28.3.11

Zartaj

kembalilah bidadari. layahkan sayap mu di sini. 

aku bermain di padang. jari jemari menyentuh lapangan gandum yang mulai menguning. aku petik satu , dua dan tiga batang kesemuanya. aku kumpul dan kocakkan ke langit. tangan ini menengadahkan jatuhan bauan zumzum dari langit. aku rindukan kemanisan air lalu itu dari surga. halus rasa atas belakang badan pabila air manis zumzum jatuh dan membasahi. enak. sejuk.

tempatkan lah wahai bidadari, pungkukmu di atas ranjang sepi.

dan aku juga masih leka bermain-main dengan pepohon zunairah. kelopaknya cantik mengembang indah. liar bauannya mengalahkan bau sundal malam [versi bunga bukan versi haji taib]. sedang aku leka dalam permainan itu, telah aku tinggalkan lapangan gandum. dan mengemislah aku pada musim zunairah. yang hanya datang menjengah tatkala hati walang. aku rindu warna zunairah. aku rindu. menceriakan aku. melayangkan aku. mengangkatkan aku ke darjat paling tinggi. kerna zunairahlah bunga, lambang gadis ku sejati.

tabahlah wahai bidadari. semua wanita mahu diangkat. zunairah hanyalah tandangan sementara. zumzum adalah air penyambung hidup. kekalkan warasmu bidadari.

dan berbaringlah aku dalam ladang gandum. kekal menadah tangan. mengharap hujanan zumzum kekal turun menyirami bumi. dan masih ada yang tertinggal..

menjadi zartaj bukanlah kerja yang enteng.
tiada apa pekerjaan dalam dunia ini enteng, sayang..

............

zunairah = bunga syurga.
zumzum = sungai syurga. manis.
zartaj = permaisuri.