13.3.11

Tanamlah Sendiri

"Makcik, bulan lepas saya beli karipap 3 ketul seringgit. bulan ni kenapa dah tak boleh 3 seringgit?" tanya Ali dengan nada tak puas hati. Karipap dalam plastik oren ditunjual-tunjal. Mukannya masam mencuka.

"Nak buat macam mana, harga tepung harga minyak harga lauk semua naik, dik." jawab makcik karipap selamba.

"Tu la makcik. Kerajaan suruh tanam gandum dengan kelapa sawit belakang rumah, makcik tak nak. Tak payah naikkan harga" jawab Ali. Lagak pandai budak sekolah kebangsaan.

KETTTANGGG..!!!

berlaga kepala manusia dengan kepala senduk. Ali terduduk.