20.3.11

Sampai

Dalam jiwa ini berusung seribu satu kenangan yang aku bawa dari tanah air. Aku simpan kemas. Buka bila dalam kecemasan. Kau fahamlah meroyan aku bagaimana kan.

well.

Aku pulang, bau Kaherah masih sama. Cumanya sedikit ceria. Persekitaran yang bersih. Dan hembusan nafas dari mulut keluar asap putih. Sejuk yang amat!

Letak gerai, letak himar, letak bangunan masih sama di Zagzig. Rumah ku ketuk, Esah, menanti dengan muka maha serabai, baru bangkit dari tidur. Dan seharianku diheretnya dia ke sana ke mari. Dia rindu. Mulutnya macam bertih tak berhenti - henti. Aku tahu, rindu lettuw.

Abam-abam askar masih ada. siap senapang segala bagai. ustad-ustad pon ada. adeapakukesah. biarlah.

Hari ni aku bersurah lagi. Tentang masa depan yang belom pasti.

Hey hati, jangan lambat sangat pikap. Mati nanti.

Ada wajah wajah terbayang bayang. Gapai tak kena, aku lontar senyuman biar sampai ke benua sana.