17.3.11

Pulang

Aku harap mereka masih mampu ukir senyuman untuk aku. Kalau senyuman tu bakal muram pon, tunggulah sehingga aku kelam dari pandangan mereka betul-betul. Tinggalkan sedikit manisan buat aku, boleh kan?

Aku harap, aku sudah memberikan yang terbaik bagi setiap mereka. Maafkan aku di atas semua khilaf ku.

Andai manja aku, gedik aku, leceh aku, cengeng aku merosakkan hari mereka; dan semuanya seolah aku berhutang satu hari suntuk mereka sakit hati, beritahulah. Jika ada kemampuan, aku akan tebus, akan ganti kembali semuanya.

Aku sudah tak mampu berlama-lama lagi di sini. Rumah aku bukan lagi rumah. Ini tempat menyinggah. Sudah tiba masa aku berhempulas kembali, aku harus bina rumah sendiri.

Aku kalau boleh, masih mahu jadi orang pertama yang menatap setiap wajah kesayangan.
Aku pasti akan merindu. Pasti.
Aku pesan agar kau jaga diri, jaga makan, jaga pakai, jaga mata - kerana mata itu anugerah terindah, bisa mengungkap setiap zahir dan batin.

Tunggu aku.

BYE


I'll play all the song that u gave me in the flight tonight.
Forever-Ever by He is We is number one on the list.