28 March 2011

pensel


kawan. aku sayang kau.
sungguh hati dan aku tak menipu.

tapi kalau lah sentuhan aku ni racun buat kau, elektrik buat kau, bisa tedung buat kau.
tak mengapalah.
aku undur setapak.
setapak sahaja. aku tak undur banyak.
supaya senang aku nak gapai kau jika kau pilih
untuk terjun dari cenuram itu.
kerna jika kau mati paksa, belum tentu tuhan terima kau.
sebab jika kau hidup, aku masih ada, dia [mereka-mereka yang lain] masih ada

aku tak.. tak mampu nak biarkan kau.
katalah apa sahaja, yang aku tamak, aku kejam, aku tak berakal, bukan hati manusia
tapi aku sayang kau
kasihkan kau
ada untuk usap kepala kau yang serabut [haha]
tunjal lembut pemikiran kau yang biul [haha]
gelak gelak ketawa dalam sadis rasa [haha]
dan peluk kau lembut
bawa kau dalam dakapan hangat ini..

dah. mari aku pegangkan tangan kanan kau. aku genggam jemari kau dan letakkan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu kau rapat. kita pegang erat pensel ini ya? kita lukis gambar indah. ada awan putih, ada burung-burung terbang, ada matahari bulat siang, ada rumah sebuah; tingkapnya, pintunya, ada basikal tua.

dan ada aku memakai skirt pink kasut kelabu dan kau pakailah apa-apa sahaja yang kau suka.