12.3.11

Paut Teguh

Diamkan seribu bahasa itu
kerna kamu dan aku hanya perlu jiwa dan badan
bahasa vokal tak perlu
kerna lantunannya bergema
diketahui rakyat dunia nanti kita parah
dikatanya kita ini bongkak!
kerana kita dilamun cinta..
mereka kata kita takbur kita dilamun cinta!

kalau diikutkan akal fikiran logik dan real
takkan kita ketemu maksud cinta..
setakat menghirup hembus udara yang sama
berjeda dengan kucupan suara
dan menyentuh pada imej pegun cuma
penyatuan kita ini tidak 'realistik' kata mereka
kerna bersenggama minda tak termaktub dalam surah kama sutra!

hatta pedulikkan semuanya dan hambur pada dunia
sundel bolong pon tidak takut memperlihatkan lopong ulat ia pada dunia
apatah lagi kita
yang kita sendiri iktiraf pasangan kekasih?
sedangkan lidah lagi tergigit!

ps: belajarlah menerima kelemahan dan kelebihan diri dan dalam pada itu turut kita belajar menerima kelebihan dan kelemahan orang lain. hargailah, tak lama lagi nak 26hb, dah tak lama dah..kan u? hehe