11.3.11

Menyoal-nyial

Dah kalau masa aku ada dulu kau buat tak nampak dan masa aku diam sekarang kau mencari-cari, mana titik fokus kau sekarang sebenarnya?

Dah kalau masa aku ber-ego kau turut ego, aku emosi kau turut emosi, di mana tiang yang aku harap aku boleh sandar sebenarnya?

Dah kalau semua tentang aku kau bangkang tentang dia kau tak sengkang, ada apa lagi pada hal-hal kita kononnya kau kata ada?

pada aku, hal-hal kita tak pernah ada. atau sekurang-kurangnya aku campakkan semua ke dalam guni dan lambakkan ke pasar tani. manalah tahu, ada orang mahu beli kisah seposen dua kita?