22.3.11

Mentera elak Cinta Basi

RT "@terfaktab: sastera ada jampi mantera yang mengikat jiwa kita untuk lebih berseronok dengan kehidupan"

Makanya aku pilih untuk kembali melayah dalam arena berbahasa basi, untuk berseronok dalam kehidupan. terkadang yalah, input semuanya basi tak terkuis sedikit pon. harap yang datang menjenguk kesemuanya hanya lalu dan ambil bau jika isinya panas dan sedap, jika tidak tolehlah barang sekali. jika tidak kesemua 300 pon, seorang dua pon jadilah. singgah pakai salam.

dan dalam pada malam ini aku berbahasa tentang cinta yang basi. cinta yang patah sayap, sebelum sempat landing. cinta yang dulunya G6 di lagu-lagukan tapi kini gagal untuk terbangkan pesawat G5 pon. 

RT "@fiqvertigo: Couple untuk geli-geli adalah tak sihat. Hubungan turn to be lembik macam jelly"

itu pesan aku. pesan dia. pesan orang-orang macam kita yang mahu mengingatkan kita-kita tentang mainan dunia. Jangan sanggah Garuda, jika tak segagah Merong Mahawangsa. Jangan disiku @afiqsiddharta jika tak mahu hempap dek sidada. (ok, i'm joking) Pendek kata, jangan nak bermain jika tak tahu taktik. 

Tapi kalau tak tahu, kita kan boleh belajar. Kita kan sedang belajar. Tiada apa yang boleh menggantikan pengalaman sedang ia lah guru yang maha hebat. 

"Pasanglah angan-angan setinggi langit, sedang dalam doa mu setiap hari dambakan Jannah!" 

Benar kan? kita setiap hari mendoakan kebahagiaan, mendoakan tempat di Jannah sana, jadi tak salah kalau kita bercita-cita tinggi, mengidamkan sesuatu yang besar seiring dengan usaha. tak salah sayang.. Jadi pasanglah angan-angan, bercita-cita tinggi lah dan berusaha, walaupon dalam hal hubungan sesama manusia.

aku ini, banyak juga buat khilaf. aku ini bukannya sempurna. tapi dengan adanya orang-orang sekeliling yang mengalami satu fasa seperti mana yang pernah aku alami dahulu, aku belajar. telan pahit sahaja. dalam dunia ini paling sakit jika aku lihat orang yang aku sayangi mengalami pengalaman hitam seperti mana yang pernah aku alami dahulu, tapi aku reckless, aku tak berdaya buat apa-apa untuk menghalangnya. sebal rasa berbuku di dada ini tahu?

universe ini sifatnya vacuum. segala apa yang kau suarakan, kau doakan akan terapung-apung. sampai satu masa akan terpantul terkena batang hidung. doakan yang bagus-bagus. usahalah jangan sampai putus. jagalah hubungan dengan baik. saling menjaga. supaya yang terkena batang hidung kau itu nanti sakti, yang membuatkan hidup kau 'menjadi'.

"as a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that is holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life"

tahu translatekan ke dalam bahasa sastera? supaya mudah untuk aku ikatkan dua jiwa ini menjadi satu dan terus bawa ke kayangan bahagia. seperti yang aku dan kau dan kau kau damba, di Jannah sana.