23.3.11

Imposter

Pinjamkan aku sedikit bebal hitam. Aku mahu sarung guni malu mu buat jadi karung badan. Alasannya mudah, kerana karung guni malu tu kau campak tepi. Baik aku yang pakai. Aku tahu malu.

Tuangkan sedikit halba biru dalam rengkung, konon aku mahu jadi sebijak keturunan nabi. Persoalkan kewujudan madah ini segagah namanya. Tahulah kau sekarang yang bijak, bukan sekadar pada nama. Yang gagah bukan pada mentera. Kuncinya pada hati. Bolak balik bolak balik, kau adalah manusia. Manusia itu rumpai makannya dosa, liat-liat perbuatannya pahala.

Kau hanyalah peniru bagi kau, kau dan engkau. Cuba pandang awan, pejam mata, mintak hujan, hujan turun? Tidak. Mungkin ya jika kau adalah seorang katak.