06 March 2011

Gadaffi & Karnival Mesra Belia

Lokasi : mana-mana 71 dun DacingBikMama di Sarawak
Event : Karvinal Mesra Belia
Pukul : Pukul 8pm datukharimau

kelihatan sebuah pentas besar dikelililngi dengan khemah-khemah berwarna putih. di tengah-tengah pentas ada pula seorang penyanyi rokesastra rock jaman 80-an terkinja-kinja dengan nawaitu 'aku ingin menghiburkan penonton untuk pikat depa pergi konsert solo aku sempena 25tahun aku di arena seni lontar suara.'. penonton yang berada di sekitar pentas juga seronok melambung lambung badan dan goyang-goyang kepala sehingga berterbangan kutu penghisap darah, melekap di flyer "Kempen Jangan Buang Janin Anda". Bersepai pula darah kutu dan tungau di situ.

seorang wartawan datang mendekati seorang remaja lelaki melayu awal 20-an. kelihatan tin barli peram di tangan kiri adik tersebut.

"Adik, boleh abang interview sikit? Untuk majalah STERIKA." Tag nama bertulis WARTAWAN diunjur.
"Waalaikumusalam abang. silalah. nak tanya apa tu ya?" jawab remaja tersebut dengan penuh sopan. sempat menyambut salam yang langsung tak diberi. walaupon aku minum 'barli', aku islam tau.don't judge a person by her shawl.itulah pepatah melayu moden sekarang. wartawan tersebut angguk kecil. Islam rupanya...

"Apa pendapat adik tentang karvinal ni? maksud abang adakah dengan menganjurkan konsert pada waktu malam yang pastinya habis lewat malam, objektif 'mesra belia' dapat dicapai?"

"Oh..yang pasti saya sangat mesra dengan awek saya pada malam ini... aummm!" semberono jawab remaja tadi sambil pinggang gadis kecil molek di sebelahnya dirangkul erat. tingkah si gadis sudah kemalu-maluan, sesekali wajahnya bersembunyi di bahu si teman lelaki. sejibik macam aksi drama "DIA pilih menara 100tingkat derr..". wartawan STERIKA tadi sudah meraup muka. panas..

"Kenal Gadaffi? Presiden Libya?"

"Abang, saya sebagai remaja 1malaysia sangat peka pada perkembangan dunia okeh. Gadaffi tu ikon fesyen dan juga pemerintah disanjung ramai tau. Anak dia kalau berparti,high class tau, panggil Beyonce lagi. Abang ada ke duit 1juta USD nak bayar Mariah Carey nyanyi kat parti sosial abang? hado? hado? tak adoo.. hesy, abang neh tak baiklah buruk sangka, entah-entah abang pon agen USA, nak jadi freemason melayu lah tuee.. huhh..!"

terlopong mulut wartawan tu sebentar. Sejuta dollar? Bikmama pon panggil penyanyi jaman tok kadok je untuk 'mesra belia', sungguhpon bikmama tu ikon fesyen Malaysia, siap anjurkan IFFFF lagi tu haa..

"Tapi semua tu dibayar dengan duit siapa dik? Akaun gaji 41tahun memerintah boleh kumpul sejuta Dolar ye? Sedekah pada penyanyi pulak tu...oh..begitu pemimpin islam yek. Terima kasih untuk respon adik. kita akan keluarkan kenyataan ini di majalah STERIKA. Tajuknya "Gadaffi; melestarikan minda pelacur fesyen". amacam? auumm tak?" selamber wartawan tersebut pon berlalu. tanpa memberi salam.

tercengang-cengang remaja itu tadi. "Adik saman karanggggg..! Adik ada Vlog tauu!" si gadis mengurut-urut dada si jejaka. si jejaka membuat muka kecewa. pantas si gadis bawa si jejaka ke belakang pentas. gelap.
penyanyi 80-an tadi masih terkinja-kinja di atas pentas. menghiburkan penonton. di bawah pentas pon ada aksi terkinja-kinja, menghiburkan diri.

ps: kami sarka pakai fakta, pakai rasa juga pakai juga harian metro - terutama bab-bab rosak akhlak. nak lebih padu? pakar motivasi bahagian pembangunan insan kami, blog akaltunjang sedia membantu.