04 March 2011

Exodus Aku

exodus aku dalam kontek yang ini bukan sebagai anak israeli yang cabot keluar dari mesir purba diiringi moses melalui jalan berliku Sinai. malah aku masih mengesakan Ar Rahim yang satu. bukan A.R Rahman tau.

exodus aku kali ini dalam kontek perjalanan aku yang nomad. keluar dari Malaysia ke Misr dan dari Misr patah kembali ke Malaysia dan esok lusa tulat kembali semula ke Misr.

Siapa tahu, exodus aku saat kau baca ini adalah dari dunia yang fana, ke alam hakiki. alam barzakh. ramai mendoakan kematian aku setiap hari.

"pergi mampos kau lah!"


"lu boleh pergi mati la amoi"


"nurraka lah tempatmu"

etc etc etc.

manusia sekarang sangat lancau mulutnya. lancau lagi tulisannya. nak cari yang telus macam Abdullah Hussain atau Amir Muhammad dengan lawak sarkis Jalan Tun Razaknya sekarang payah. lihat sahaja apa terjadi pada #arwahalexiaaqram, dikecam untuk disaman. akaun twitternya selamat dikebumikan, aku dan orang-orang jiwa sensitip yang lain sudah gersang dengan ayat2 #mindfuck oleh beliau. kembalilah bertweet, arwah.
*banyak sangat hashtag pehal neh?*

bobroknya minda manusia apabila kemaluan dibesarkan tapi bila ditegur, menggelabah cari payung elak tempias. hadaplah! hadap apa orang nak kata. yang tukang sokong pon 2+2=5, bebal tahap genus Sus yang diternak dan disuap dengan informasi tak kembang minda. *kalau kau bijak, kau gugel apa maksud term yang aku bold tu, jangan nak search hentai sangatlah..*

kaitannya dengan exodus aku, aku akan pergi. tinggalkan malaysia dengan dunia delusi mereka. delusi mengejar 1malaysia, delusi mengejar kekayaan nuffnang, delusi seribu polower, lantak kau. kejarlah dunia delusi tu, aku nak blah dah. nak blah kejar hakiki aku. kalau ada ruang kosong dalam doa kau, tolong doakan kebahagiaan buat rakyat malaysia dan aku.

aku memang jenis tak malu, minta orang doakan kebaikan buat aku.
at least, tak kena saman untuk yang ini kan? heh.